Bab 22 - History

107 13 16
                                    

"Baiklah kelas. Buka buku teks muka surat 40. Hari ini kita akan belajar tentang, Kejatuhan Negara Claude," ujar Cikgu Adam.

Buku teks sejarah yang terbuka di atas meja ditatap sepintas lalu sebelum memandang wajah anak-anak muridnya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Baiklah. Seperti yang kita tahu, puak Fallen Angel dan puak serigala telah pupus sekitar tiga puluh tahun yang lalu." Cikgu Adam menyambung penceritaan.

Tachihara di hadapannya mencebik. Sudah tahu tentang dua puak yang sudah pupus itu. Bukan itu sahaja, hampir semua puak shapeshifter mati ketika peperangan tersebut akibat kuasa Blue Demon.

Blue Demon,

Seekor demon yang merupakan host kepada sebuah kuasa yang penting. Jika kuasa itu diambil, seluruh dunia boleh musnah!

Pacification, sebuah kemampuan yang mempunyai dua sisi. Satu sisi yang membolehkannya menenangkan sesebuah kuasa yang mengamuk.

Satu sisi yang lain akan menyerap kuasa berlebihan tersebut dan menjadikannya kuasanya sendiri.

'...Hm...mungkin aku patut baca.' fikirnya. Mata hazelnya menatap setiap bait-bait perkataan yang tertulis di atas buku.

Blue Demon.

Kuasanya diwariskan kepada setiap generasi. Setiap generasi yang baru akan mendapat simbol sayap kecil berwarna biru di tubuh mereka. Kuasa yang berbahaya jika jatuh pada tangan yang salah.

Ketika peperangan menentang Zenaku, Kamalia dan Zafran terbunuh. Jika diikutkan lagenda mengenai kedua-dua serigala itu. Mereka berdua akan dilahirkan semula untuk melindungi dunia.

Tanda-tandanya ialah, kelahiran semula Raja dan Permaisuri itu akan dapat melihat 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

"Tachihara," panggilan Cikgu Adam menyentakkannya dari terus membaca. Wajahnya diangkat memandang mata merah Cikgu Adam.

"Ya."

"Sewaktu peperangan 30 tahun lalu. Siapa yang membunuh Permaisuri Kamalia dan Raja Zafran?" Cikgu Adam menyoal. Tachihara hanya tersengih.

"Zenaku," jawab Tachihara, tersengih. Memandangkan dia sudah membaca bahagian tersebut senanglah untuk dia menjawab.

Lunch (Jam1030)

"Wuarh!" Tachihara mengeliat kecil. Nampaknya dua jam Sejarah memang boleh buat otot-ototnya kaku.

Tangan kiri diseluk ke dalam saku seluarnya. Otaknya ligat memikir apa yang patut dia makan sewaktu di kantin nanti.

'Hmm...mungkin, makanan berat.' Dia berfikir. Sebaik dia sedar dari lamunan, dia sudah berada di kantin.

"Oi Misaki!"

Tachihara menoleh ke belakang melihat gerangan siapa yang memanggilnya. Mata hazelnya terkunci pada Lufti yang berada di hadapan koperasi.

"Lufti," balas Tachihara sambil melambai tangan. Meminta Lufti mendekatinya. Lufti mempercepatkan langkahnya mendekati Tachihara.

"Wei, Tachihara. Kau nak makan apa? Aku belanja!" ujar Lufti gembira. Tachihara mengelengkan kepala sambil tersenyum.

"Tukar angin nampak! Bukan selalu aku yang belanja kau ke?"

"Saja."

"Oh..." Tachihara mengangguk kecil. Matanya ternampak meja kosong di tepi gerai air.

"Luft. Kau pergi cop tempat. Aku nak beli makanan jap," ujar Tachihara sambil menunjukkan meja tersebut. Lufti hanya mengangguk dan berlalu ke arah meja tersebut.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now