Bab 11 - Memori yang dikunci...

177 19 2
                                    

"Aku ingat dengan kuasa ni, aku boleh selamatkan orang tapi..." Serta merta dia teringat apa yang berlaku sebelas tahun lepas, ketika dia hilang kawalan terhadap kuasanya.

"Ah...I just want the pain to stop. When will it stop? " Dia menggumam sebelum mula melangkah mendekati susuk tubuh pemuda berambut putih yang menunggunya.

Topengnya dipakai,

Topeng yang sentiasa dipakainya tidak dapat dilihat oleh orang, cuma mereka yang mengenalinya dengan lebih mendalam akan melihat rupanya disebalik topeng.

"Khairul~!" Dia berkata sambil berlari anak kepada pemuda berambut putih seperti salju itu. Khairul menoleh dan tersenyum kecil.

'Ah..sudah tentu, topeng ini menjijikkan.'

"Daniela,"

Daniela tersengih sebelum menepuk bahu Khairul, yang sebenarnya dia tidak mengingati siapa sebenarnya pemuda itu.
Kawan? Partner? Atau...abang? Entahlah dia tiada jawapannya...

Dia sendiri hairan, mengapa dia tidak mengingati Khairul dan peristiwa yang berlaku pada tanggal 15 November. Dia hairan, mengapa dia boleh mengingati semua benda yang berlaku sebelum tanggal 15 November tapi...tidak ingat apa yang berlaku pada tanggal tersebut.

Dia koma selama sebulan lebih, jika tidak silap? Doktor sendiri pun hairan mengapa dia masih ingat namanya sendiri, ahli keluarganya dan rakan-rakannya. Padahal hentakan yang kepalanya terima sangat kuat, kerana hentakan itulah memorinya berantakan.

"Dani? Hello~bumi ke Dani?" tegur Khairul sambil menggoyangkan telapak tangannya dihadapan Daniela. Daniela yang hampir dibuai persoalan segera kembali ke alam nyata.

"Ya?"

"Kau ok tak?" Khairul memandang wajah Daniela dengan riak risau. Tangan kanannya diletakkan, di dahi si gadis.

'Tak panas.'

Daniela tersenyum nipis sebelum ketawa. Lucu melihat muka risau Khairul. Khairul mencebikkan bibir. Orang risau, boleh pula dia ketawa? Jahat!

"Hodohlah kau!" ujar Daniela sebelum ketawa sekali lagi. Aduh..habis senak perutnya akibat ketawa. Air matanya pun terkeluar sedikit.

"Tch, dah jom." ujar Khairul, merajuk. Tangan Daniela dipegang sebelum simbol bewarna biru laut muncul di bawah kaki mereka.

"Sekolah." gumamnya sebelum cahaya biru laut menyelebungi mereka. Beberapa minit kemudian, mereka sudah berada di kelas mereka.

Masih kosong, nampaknya mereka sampai awal. Ini minggu kedua mereka bersekolah. Mereka yang datang terlalu awal, kelas mula pukul 7.30 pagi. Mereka sampai pukul 6.50 pagi.

"Lapar.." Daniela mengusap perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Khairul yang mendengar hanya mengelengkan kepala.

"Aku ada bawak roti. Nak ke?"

"Roti...? Nak,nak!" ujar Daniela bersama mata yang bersinar. Khairul ketawa kecil sebelum mengeluarkan roti dari poket tepi begnya.

"Nah." Khairul menghulurkan roti tersebut kepada Daniela. Daniela menyambut sebelum teringat sesuatu.

"Taman. Taman sakura..." ujarnya.

Khairul yang membelakangkan Daniela, tersentak. Dia sedang mengeluarkan roti ketika Daniela berkata. Pegangannya pada roti hampir terlepas, jika dia tidak mengenggam roti tersebut, kuat.

"Taman...?"

"Aku nak makan kat situ. Boleh kan?" Daniela memujuk. Dia sudah lama mahu ke taman sekolah yang ada pokok sakura itu.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now