bab 5 - Black class.

269 30 0
                                    

Kelas Black merupakan salah satu daripada kelas-kelas yang dicemburui oleh semua murid. Kelas Black dicemburui kerana... lima orang murid terbaik dari kelas mereka akan dipilih oleh para tentera, untuk menolong mereka.

Sayangnya, cita-cita tersebut hanyalah cita-cita kosong. Pemerintah Kerajaan Bintang tidak membenarkan sistem tersebut dilaksanakan lagi, kerana dikhuatiri akan menekan pelajar.

Secret Academy berada di Kerajaan Bintang sekaligus menjadi tumpuan ramai, kerana Akademi itu telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam akademik ataupun kokurikulum.

"Reo."

Reo yang sedang membaca buku tentang Secret Academy, terus menoleh ke belakang. Memandang wajah Lufti yang dengan selambanya duduk di atas meja Muaz.

"Ya?"

"Kau baca apa?"

"Buku, kenapa?"

"Aku taulah buku,enduk! Aku tanya tajuk buku tulah pandai!"

"Suka hati kau je panggil aku enduk! Oh pasal buku ni, tajuknya... Secret Academy." balas Reo sebelum menyambung pembacaannya. Lufti mencebik sebelum idea jahat muncul di kepalanya.

"Wei Muaz, bila cikgu datang?" tanya Lufti sambil melirik ke arah jam dinding yang tergantung di atas papan putih. Muaz turut melirik ke atah jam dinding. Jam 0930.

"Lima minit lagi." balas Muaz sebelum menoleh ke arah rakan-rakan sekelasnya yang membising. Senyuman nakal terukir dibibir Lufti.

"Hehe~~"

Sejujurnya, Muaz amat benci bila dengar Lufti mula ketawa macam tu. Urgh...dia tak sedar ke, dia ketawa macam keldai?

"Alright." ujar Lufti sebelum bangun dari meja Muaz dan berjalan ke arah Riana yang duduk di belakang.

"Riana,tolong aku." pinta Lufti. Riana yang sedang membuat kerja sekolah memandang Lufti. Mata merahnya memandang Lufti hairan.

"Pasal?"

Lufti menerangkan tentang rancangannya kepada Riana. Senyuman kecil terukir dibibirnya apa yang akan jadi sebentar lagi, semuanya mengikut rancangannya.

'Semuanya mengikut rancangan aku~. Hehe~'

Beberapa minit kemudian.

Murid murid kelas Black duduk di tempat masing-masing. Lufti dan Riana hanya tersenyum nipis.

Reo yang menyedari sesuatu segera menoleh ke luar. Matanya hampir terkeluar,saat melihat tiga orang remaja yang sangat dikenalinya sedang bergayut di dahan-dahan pokok. Sebenarnya dua orang sahaja, lagi seorang hanya duduk sambil memerhati dua rakannya.

"Inilah tugas penting tu ye?" gumamnya tidak puas hati. Mahu saja dia bakar, tiga orang rakannya itu. Ish..jika bukan difikirkan mereka bertiga, rapat dengannya. Mungkin sudah menjadi abu!

"Ah..Cikgu Reine sudah sampai rupanya.." ujar Jake membuatkan Reo tersentak dari lamunan. Dia menoleh ke arah pintu kelasnya. Cikgu Reine melangkah masuk dengan penuh elegan.

"Hodoh."

"Macam itik."

Tidak mempedulikan bisikan-bisikan sumbang tersebut. Cikgu Reine meletakkan buku kehadiran di atas meja. Dia memandang wajah anak-anak muridnya yang macam setan itu bersama senyuman sinis.

"Selamat pagi, setan."

"Cikgu kejam! Kami yang baik ini disamaertikan dengan setan yang hodoh itu?! Eh..cikgu, kami ni malaikat tau!" selamba sahaja Lufti membidas.

Rebirth Of The Wolvesजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें