Bab 27 - Forbidden past

146 13 9
                                    

"...Hey Daniela?" Afwan memanggil sebaik sahaja Daniela masuk ke dapur. Gadis itu melompat ke belakang terkejut kerana Afwan tiba-tiba muncul.

"Oh. Afwan, kenapa?" Daniela menyoal apabila melihat Afwan menggaru belakang lehernya.
Tabiat yang sentiasa dilakukan apabila dia gelisah.

"...Rin dan r--"

"Roy kena culik." Lufti memotong percakapan Afwan dengan nada tenang. Namun tangan kirinya mengaru-garu lengan kanan.

"...Kau...tipukan?" Daniela membalas perlahan. Tak mungkinlah kan? Dia dah berjanji dengan Reo untuk lindungi Rin dan Roy tapi sekarang.

'Apa aku boleh buat?'

'Just stand here and do nothing?'

'Hanya diamkan dan biarkan?'

'Atau...'

'Serang dan ambil?'

Banyak pertimbangan yang muncul di dalam otaknya. Semakin lama, semakin banyak. Dia dapat merasakan auranya mulai memberontak. Perasaan marah dan takut yang bercampur baur membuatkan mentalnya tak stabil.

Tubuhnya mula mengigil kerana cuba menahan aura yang memberontak dari keluar. Tangan kirinya ditatap sebelum dikepal erat. Senyuman yang sangat nipis terlihat di bibirnya.

'Bunuh mereka.'

'Kawal kuasa kau. Jangan cederakan mereka.'

Daniela menahan senyuman sinis yang hampir terukir di bibirnya. Dua suara di dalam kepalanya membuatnya keliru. Dia perlu ikut yang mana?

Demon...

atau

Angel?

"Hey...Daniela," Suara tenang Lufti menyedarkannya dari kekeliruan. Mata merahnya segera menatap mata biru kelabu milik Lufti.

"Hey...kita akan dapatkan mereka okay ? Tenang, Fahrin tak akan bunuh mereka berdua. Aku pasti tentang tu. Kau percayakan aku tak?" Lufti menyambung dengan suara tenang. Senyuman lebar terukir di bibirnya, membuatkan Daniela tertanya-tanya.

Adakah Lufti tidak mempunyai sebarang masalah dalam hidupnya?

Adakah Lufti menyembunyikan segala kesakitannya dalam senyumannya?

Adakah...senyuman Lufti itu sebenarnya palsu?

'Orang yang selalu senyum, sebenarnya tak senyum.' Suara yang dia pendam dalam-dalam di belakang kepala, kembali bersuara.

"Orang yang selalu senyum sebenarnya tak senyum." Dia hanya diam tidak membalas suara itu. Walaupun dia tahu itu kebenarannya kerana dia sentiasa lakukannya.

"Daniela," Lufti memanggil sekali lagi. Tangan kirinya diletakkan di bahu kanan Daniela sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukan.

Tanpa sedar,

Mutiara jernih membasahi pipinya dan baju Lufti. Lufti hanya diam, membiarkan Daniela keluarkan semua perasaan yang sudah terkumpul sejak lama.

"Aku...aku...dah janji dengan Reo yang aku akan jaga adik-beradik dia macam adik-beradik aku sendiri. Mesti dia marah aku." Daniela membalas dengan suara yang serak. Kedua-dua belah tangannya mencengkam baju yang Lufti pakai.

Lufti dan Afwan berbalas pandangan. Tidak tahu, patutkah mereka beritahu Daniela tentang Red Eagle. Afwan mengeleng, Lufti hanya mengetap gigi.

'Nanti dia tahu juga.'

Rebirth Of The WolvesWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu