Bab 23 - Training

137 13 18
                                    

Awan mulai mendung dan menutupi sang suria. Di sebuah hutan yang menghijau. Burung-burung berkicauan dengan tenang-

Boom!

Letupan separa sfera berlaku yang mengakibatkan burung-burung tersebut berterbangan pergi. Rupa-rupanya, letupan tersebut terhasil daripada pertembungan api merah Rania dan kilat biru Jake.

Ahli kelas yang lain berada di atas awan, memerhati perlawanan di bawah. Tachihara duduk di hujung awan sambil mengoyangkan kaki. Mata kirinya bertukar hijau lalu muncullah nombor-nombor di atas kepala setiap orang.

Dia memerhati nombor Rania dan Jake. Rania, enam manakala Jake, tiga. Dia bersiul.

Nampaknya Jake mungkin menang perlawanan ini.

Kttang!

Ktang!

Kzzt

Letupan demi letupan berlaku di bahagaian tenggara hutan. Nampaknya mereka berdua sudah berada di bahagian tenggara.

Sesekali terlihat kilat biru menyambar kemudian api merah mencipta kebakaran. Bahagian tenggara hutan sudah musnah! Dua susuk tubuh berdiri berhadapan satu sama lain sambil menyeringai.

"Kuat jugak engkau ni,"

"Engkau pun sama." Rania menghentakkan kakinya ke tanah. Tanah retak lalu bergegar hebat! Lava panas membuak keluar dari rekahan di sekeliling Rania.

Jake tersenyum. Tubuhnya diliputi kilat biru terutama tangan kanannya. Dia memetik jari lalu kilat biru menyambar di hadapannya. Sambaran kilat biru itu menghasilkan kabus.

Rania menutup mata cuba fokus pada persekitaran. Dia merasakan pergerakan di tepi! Pedang dijelmakan lalu tetakan pedang kilat Jake ditahan.

"Ch," Jake berdecih sebelum mengundur ke dalam kabus sekali lagi. Rania memandang lava di sekelilingnya. Dia mencangkung lalu memegang lava panas tersebut.

"Lava absorbation." Lava panas itu perlahan-lahan membentuk bebola sebesar bola sepak lalu masuk ke dalam badannya. Nasib baik, dia kuasa api jika tidak tentu dia sudah ma3ti terbakar.

Api merah mula meliputi seluruh tubuhnya. Mata merahnya melirik ke belakang sebelum lesap! Jake muncul lalu menghayun pedang. Matanya membulat, segera dia memandang ke belakang.

Sekelilingnya terbakar! Dia tidak boleh bergerak! Api merah itu mengepungnya. Mata coklatnya memandang geram Rania yang berdiri di atas dahan pokok.

Kilat birunya mula menyambar mana-mana tempat yang berdekatan. Pedang dihilangkan. Dia berdiri statik. Percikan kilat biru mula terhasil di tangan kanannya. Mula-mula kecil namun lama-kelamaan mulai membesar.

Dia mengangkat tangan kanannya ke atas. Kilat biru yang dicas, dilepaskan. Ia membentuk sebiji guli lalu hilang.

"Aarhh!" Jeritan nyaring Rania kedengaran. Burung-burung yang mahu mendarat di dahan pokok, mengubah fikiran.

"Aku menang." Jake tersenyum kemenangan. Rania memegang bahu kirinya yang cedera. Api merah mula menghilang lalu dia jatuh terduduk.

Tachihara ketawa sendirian sehingga mengundang perasaan pelik pada kalangan rakan sekelasnya.

"Hm...nampaknya aku betul. Lepas ni, Khairul dan Muaz. Mari lihat siapa yang menang," ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Mata kirinya bertukar hazel semula. Lufti di belakangnya memandang risau.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now