🔥Special Chapter 8

472 32 24
                                    

  "Hai Al. Lambat awak sampai?" tegur Zafira. Zalia yang berdiri di sebelah Al dipandang sekilas. Sampai dah kau Leya.  

"Biasalah. Ada 'masalah teknikal' sikit tadi." masalah Zalia cuak nak jumpa awak, Zaf. Sambung Al sekadar dalam hati.

"So, ini ke dia yang nak bersanding sebelah awak nanti Al?" muka cuba dimaniskan sebolehnya.

"Haah."

"Hai, Zafira. Saya..." belum sempat Zalia memperkenalkan dirinya, Zafira sudah memotong.

"Hai Leya. It's nice to meet you today." tanpa disangka-sangka, Zafira terus memeluk gadis di hadapannya. Terkedu sekejap Zalia sebelum membalas pelukan itu.

"So, baju yang macam mana yang you guys dah plan? Masuk jom. Kita tengok katalog lah senang kan? Come in Al, Leya." ajak Zafira ramah.

Sedang Ash sibuk menganalisis itu dan ini di pejabatnya, telefonnya berbunyi. Sabtu ni patutnya dia cuti, tapi nampaknya dia nak datang juga hari ni, itupun cuma untuk setengah hari. Lepas tu, boleh jemput Zafira di butik. Chat dari Al dibuka. Harap-harapnya, tak adalah yang dah masuk ICU. Tak lama selepas itu, senyuman tersungging juga di bibirnya.

From Albae:
Kitorang kat butik bini kau. She's awesome, I gotta tell u.

To Albae:
Dia buat apa?

From Albae:
Nantilah kita jumpa, aku cerita. Busy busy! Chow!

To Albae:
Hek eleh! Kalau xnak bagitahu baik xpayah cakap 💩💩💩

From Albae:
Heheh jgn marah syg ♥

To Albae:
Sayang??? Puih! Dah la pegi buat hal kau sana

From Albae:
Okay bb ♥♥♥

Yang Al ni pun satu.  Dah tahu orang menyampah lagi dia nak panggil sayang. Sabar sajalah...

"Tapi yang ni pun not bad, kan? Hmm tapi macam membazirlah pulak mahal-mahal ni. Nanti nak settlekan bayar benda lain lagi." komen Zalia.

"Eh kejap! Tak payahlah risau, korang pilih je nak yang mana. Hal-hal payment ke apa, tu biar Ash yang settle."

Terdiam Zalia. Apa maksud Zafira ni? Nak menghina dia tak mampu ke?

Bila Zaleya diam tiba-tiba, mulalah Zaf rasa dia dah tersalah cakap.

"Er, Leya. Awak janganlah salah faham. Al dengan Ash dah berkawan lama. Awak pun tahu tu kan? Lagipun, Ash sayang gila dekat dia ni. Al pun dah lama tahu yang Ash nak support perkahwinan dia. Dan disebabkan Al pun kawan saya jugak, so why not kan? Awak tak payah risaulah."

"Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih. Susahkan korang berdua je."

"Taklah. Tak menyusahkan punya." bukan Zafira yang cakap. Tapi Al. Kisah apa dia. "Awak cakap je nak yang mana, nanti diorang support. Biar kering Ash nak bayar balik. Hehehe..." Al dah keluar tanduk.

"Betul betul betul!" sokong Zafira.

Sesungguhnya, Zafira sudah berasa tenang sekarang. Bukan sebab dia dah berkenalan dengan Zalia, tapi sebab apa yang Ash cakap malam tadi memang betul.

'You're totally right, lovely husband. Sudah terbukti... memang aku lagi comel dari dia HAHAHAHAH!'

----------------

"Okay sayang open your mouth. Say aaa..."

Sesudu bubur buatan Zafira disuapkan ke mulut Adra Hana. Hmm. Comot-comot dah keliling mulut hingga ke dagu. Sehelai sapu tangan disapu pada bahagian yang comot tadi.

"Say hi to butterfly... It's coming for you..." dilari-larikan sudu kecil anaknya sebelum di ngapp lagi isinya. Ash tersenyum pada anaknya.

"Yeayyy! Pandai anak daddy ni makan sampai habis. Good girl!" Ash menepuk tangan dengan begitu meriah sekali. Dicium pipi montel anaknya. Tengok saja ayah dia happy, dia pun ikut gelak sekali. Alah comel aje. Macam chipmunk jumpa kacang.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now