✌Too Jebon

1.3K 122 18
                                    

"Ril jom lunch sekali?"

Zafril berhenti menaip sesuatu di laptopnya. Tiba-tiba dadanya rasa berdebar. Dipakukan matanya pada skrin dihadapannya.

"Ril? Kau dengar tak?" Jie menegur dengan mengetuk-ngetuk meja kerja Zafril apabila dilihat Zafril masih tak bereaksi.

"Er? Haa? Aaa okay jom." Kabut semacam dia kemas meja.

Lepastu, terus dia berjalan keluar dahulu meninggalkan Jie di belakang.

'Dah kenapa mamat ni? Kena sampuk ke apa?' Jie mengulas sendiri dalam hati.

Sepanjang makan tengahari itu, Jie perhatikan Zafril tak banyak bercakap macam selalu. Kalau tidak, macam bertih jagung mulut becoknya bercerita hal itu dan ini pasal kliennya. Yang datang muka garanglah, muka macam baru lepas kena tinggal aweklah, macam-macam adaaa.

Tapi sekarang ni? Dari mula makan sambil pandang pinggan dia. Cantik sangat ke ayam tu? Ke kobis tu yang nampak menawan?

"Ril? Kau okay ke tak ni?"

"Uhuk uhuk!!!" Tersedak pulak dia. Nebes sangat gamaknya. Pantas dicapai air kiwi dihadapannya.

"Zafril! Kenapa kau jadi pelik sangat ni?"

"Erm, nothing."

"Eat faster. We're gonna talk about this later." Tegas Jie memberi arahan.

"Tak, aku-"

"No excuse!" Dijeling Zafril yang nampak resah gelisah kat depan ni.

------------------------------

"So now tell me what's the matter? Senang cerita, apesal kau pelik sangat seminggu ni?" Straight forward dia tanya.

"Aku... Aku tak tahu nak cerita macamana. Entah-entah kau pun tak boleh nak faham." Zafril cuba berdalih lagi.

"Try me" Senyum sinis dengan kening terangkat menghiasi wajahnya.

"Okay. Aku nak tanya, kau pernah tak teringat someone setiap masa?" Okay Ril tarik nafas, hembussss. Chill.

"Er? Pernah kot...?"

"Pernah tak kau dengar lagu yang biasa kau dengar, tapi ada sekali tu, tiba-tiba bila kau dengar, kau teringat kat someone?"

"Pernah. Time aku ada crush kat sekolah dulu. Bapak syahdunya rasa huhu mampu ushar dari jauh je. Sebab dia senior huksss..." Sempat dia menyelit waktu-waktu genting macamni. Genting pada Zafril la. Dia relax je.

"Lots of flashbacks and smile for no reason?"

"Yeah"

"Can't stop lookin' at their picture?" Tanya Zafril lagi.

"Er, Ril? Apa yang kau cuba nak cakap ni sebenarnya? Are you... In love?" Bergetar suaranya bila bertanya soalan itu. Berdebar hatinya untuk mendengar jawapan Zafril. Tapi yang paling penting, dia pun tak tahu kenapa dia perlu rasa macamtu. It's a good thing la patutnya kan?

"Aku tak tahu... Mungkin?" Matanya terarah pada insan dihadapannya kini. Sengaja ingin melihat reaksinya.

"What do you mean by 'mungkin'? So tell me, who's the lucky girl yang berjaya mencairkan hati seketul Zafril ni haaa? Tak sangka kau sempat pulak mencari buah hati. Salah sorang klien kau ke Ril? Hahah" Jie tersengih mengusik walaupun separuh hatinya tak mahu tahu pun nama siapa yang akan dituturkan dari bibir itu. Takut dia yang sakit.

'Lol? Dah kenapa aku nak syahdu bagai? Chill lah! It's a normal thing kah kan kalau kita crush on someone?' And it's not like lelaki di hadapan dia ni nak membujang sampai ke tua.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now