✌Charm

1.5K 119 9
                                    

"Aku musykil betullah. Siapalah yang punya idea buat camping untuk family day ni haa." bebel Faizal sambil pasang khemah yang akan dia share dengan bestie tempat kerjanya, Zafril The Grey~

"Tu ah. Aku ingatkan haritu, diorang plan nak buat kat pantai. Patutlah siap bagi notis anak-anak tak boleh ikut. Adventurous rupanya. Rare!" komen Zafril yang turut rasa musykil.

"Macam tak berapa 'family day' sangat la. Hmm. Tapi kau jangan sedih Ril."

"Eh apehal pulak aku nak sedih? Hahah"

"Yelah. Cuba kau tengok Man tu ha, bahagia je muka pasang khemah dengan bini dia. Si Hani tu, dok bersweet dengan laki dia si Hairi sado tu huhu"

Zafril tersengih sendiri.

"Laaa apa nak heran. Aku pun bawak bini datang sini." kata Zafril penuh confident.

"Haaa? Damn boy you've got scandal without even tell me? Siapa? That unknown girl tu ke? Patutlah aku perasan dia selalu pandang kau. Ada udang di sebalik sayur rupanya." tanya Faizal dengan lurus bendul tak menahan. Dia ada syak wasangka jugak dengan Zafril ni.

"Apa kau merepek ni syaitonn? That so-called unknown girl tu, budak baru lah! Haih. Tulah, taknak langsung ambil tahu hal office. Dok berkira dengan kerja dia je." gerutu Zafril.

"Erk... Heee manalah aku tahu. Habistu? Siapa?"

"Haaa kau pandang situ, tempat diorang dok susun besen apa kejadah tu, nampak tak yang pakai bawal kaler hijau tu? Yang ada tahi lalat kat pipi tu. Yang pakai gelang sebelah kanan tu. Ahaa bukan yang tu ye. Itu mak orang. Kau tengok orang sebelah dia yang pakai bawal kaler grey. Aaa yang tu lah. Eheheee"

"Ahahah ngekk beriya explain ingatkan yang tu. Terkejut aku. Errr... Maksud kau... Awek ganas tu? OMG Ril ahahahah"

"Eh kau! Jangan nak kutuk dia eh. Dia tu ganas luaran je. Dalamannya, penuh taman bunga tau haha"

"Lol mana kau tahu? Bukan kau selalu kena belasah ke dengan dia?"

"Erm selalulah jugak. Takpe. Nanti aku ajar dia jadi lemah lembut sikit dengan aku. Benda boleh setel."

"Aku tak rasa macamtu. Entah-entah, kau yang lunyai kena perambat dengan dia."

"No hal lah. I'm full of charm." yakin dia menjawab.

"Euw pleaselah. Geli aku dengar. Kau ni, serius ke sukakan dia?" tanya Faizal nakkan kepastian gitu.

Zafril baru nak jawab.

"Yuhuu orang kampung semuaaa! Lunch sudah readyyy!" seorang rakan kerja mereka berteriak memanggil yang lain makan.

"Dahlah. Diorang dah panggil lunch tu. Jom Zal." sempat dia selamatkan diri.

"Nice aku memang tengah kebulur ni. Jom."

So, isu tadi dilupakan begitu sahaja.

----------------------------

"Eh, Sophie? Apa awak buat kat sini?" tegur Al.

"Eh, hai! Tengah tunggu my sis beli novel dia. Awak sorang je ke ni?"

"Eh taklah. Ada Ash sekali. Dia pergi toilet katanya. Tapi entahlah. Lama betul dari tadi tak sampai-sampai. Sakit perut ke apa haih"

"Lepasni you guys nak ke mana?"

"Lunch la kot kalau dia takde nak cari barang dapur." balas Al.

"Haa? Barang dapur? Macam married man je bunyinya. Dia masak ke kat rumah? " musykil Sophie rasa sampai kerutan kat dahi tu memang jelas gila.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now