✌Timberland

1.1K 95 9
                                    

"Jie. Aku ingat esok nak keluarlah.

"Nak pergi mana?"

"Tak kisahlah mana-mana pun. Aku, kau dengan Rina."

"Hmm takpelah. Apa kata kau keluar dengan Rina je?"

"Alah! Kenapa pulak? Kau ikutlah sekali." Zafril menghentak katil dengan muka budak-budak tak dapat aiskrim.

Jie tersenyum. Telefon bimbit diletakkan di meja tepi katil.

"Zafril, kau spend time dengan Rinalah pulak. Sama macam dulu sebelum kita kahwin. Kau kan selalu teman dia jalan-jalan. Aku kesian tengok dia. Kita pun jarang balik sini. Dia rindu kau tu, Ril."

"Tapi apa salahnya kalau kau ikut?"

"Tak salah. Tapi... Okay macamni. Walaupun aku dah jadi keluarga kau jugak, tetap tak sama. Dia pun perlukan privasi sendiri dengan abang kesayangan dia ni." Pipi Zafril disentuh pelahan. "Walau rapat macamana sekalipun aku dengan dia, dia tetap taknak rasa macam dia dah tak penting pada kau."

"Eh, mana ada! Memang aku sayang kau sangat-sangat sebab kau wife aku. Tapi aku tetap sayang dia sama macam dulu sebagai adik aku. Tak pernah kurang walau seciput pun."

"Memang betul. Aku tahu tu. Tapi, kau sendiri pun selalu cakap yang perempuan ni complicated and banyak sangat insecurities kan? 

Contohnya macam aku. Dulu waktu tu aku sekolah lagi. Nazriel dengan Nazrief kan dah masuk U. Lepas tu dah lama tu aku tahu Rief dengan Naz dua-dua dah ada girlfriend. Dekat tangan Naz tak sah kalau tak pegang phone. Aku nangis tau sebab aku rasa dia dah ignore aku. Sampailah satu hari aku dengar Rief marah dia. At least kalau Rief, bila dengan aku takdelah dia hadap phone je sampai aku rasa macam tunggul."

Tekun Zafril mendengar. "Alaaa tapi tu girlfriend. Bukan wife."

Eh! Degil pulak dia. Kaunselor apa susah memahami ni?

"Fine. Apa kau rasa kalau aku kata Rina sebenarnya dah ada boyfriend?" Jie tersenyum sinis bila nampak mata Zafril membulat.

"Huh? Boyfriend?! Sejak bila ni? Rina ada cakap dekat kau ke?" Cukup dia tak dapat terima kalau ada lelaki lain yang penting pada adik dia selain dia SAHAJA.

"Haah. Handsome budaknya. Rasanya lagi tinggi dari kau. Budak pandai pulak tu. And kalau tak silap aku, budak tu pun panggil Rina 'sayang' macam kau." Selamba Jie menjawab. Jangan risau. Tak membahayakan Rina pun.

"What?! Dia ada bagitahu siapa nama budak tu? Biar aku cari budak tu. Suka-suka nak jadi boyfriend adik aku. Eee biar aku debik muka dia sampai penyek! Berani sangat kacau anak dara orang."

Okay first, dia geram sebab Rina couple. Second, geram sebab bini sendiri pun puji dia. Third, asal gatal sangat nak bersayang-sayang bagai.

Melihat pada reaksi ekstrem Zafril, berguling-guling Jie gelakkan dia.

"Haa yang kau ni dah kenapa gelakkan aku?"

"Kau tulah. Garang bebenor. Kenapa? Jealous Rina ada boyfiee?"

"Takdelah. Bukan jealous. Tapi... Entahlah. Aku tak suka."

"See. Even kau yang lelaki pun tahu apa rasanya bila orang yang kita sayang dah ada orang lain."

"Huh? Maksud kau?"

"Rina takde boyfriend pun. Aku saja nak bagi kau faham. Dah aku explain panjang-panjang pun still tak faham. But now I think you do."

"Hmm yelah-yelah. Faham dah." Zafril tertunduk. Syahdu ler tu!

"And memandangkan kau faham, so bila kita dekat sini, jangan panggil aku 'sayang'. Boleh? Panggilan tu eksklusif untuk dia."

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now