✌Island

1.3K 98 40
                                    

"Eh eh, ni dah kenapa nak menyempit kat sini. Tepi-tepi shuhh!" Nazrief menghalau Zafril. Sibuk aje nak duduk celah-celah antara dia dan kembar babyboonya.

Zafril yang baru turun dari biliknya dengan sesuka jiwanya menjauhkan bahu kedua-dua kembar bagi nak muat dia kat tengah-tengah. Sengal. Macamlah tak ada tempat lain

"Ya Allah, abang! Takde kerja ke apa ni? Ditolaknya orang tu haih" Membebel Puan Marisa melihat perangai ta semenggah anak lelakinya.

Sibuk si jejaka menyiapkan goodie bag untuk para tetamu atas lantai ruang tamu ni. And by the way, diorang tengah dekat rumah Zafril. Waktu ni, saudara mara sebelah Zafril takde yang datang lagi. Bulan depan baru semua pakat sampai. So, ini saja nak prepare awal. Senang sikit nanti dah kurang kerja.

Saja Jie dan abang-abangnya tolong keluarga Zafril ni haa sebab keluarga besar dia bukan ramai pun! Semput nak buat sendiri. Tak macam keluarga Jie. Boleh berderet bas kalau datang serombongan. So, tiada masalah nak buat persiapan dengan cepat.

Jie ada dengan Puan Marisa dan Rina. Ahaa yang perempuan tengah berbincang pasal dekorasi bilik pengantin dekat meja ruang tamu... Ye, bilik Zafril tulah pun. Tak jadi bilik bujang dah la lepasni.

Majlis persandingan buat sebelah lelaki dahulu, baru sebelah perempuan. So, family sebelah Zafril dululah yang kena get ready. Tapi, nikahnya di kampung Jie.

"Tapikan ma, taknak tukar ke katil bilik abang tu selain daripada wallpaper dia?" Rina memberikan cadangan.

"Aikk? Nak buat apa? Kan dah okay katil tu. Bukannya katil lama."

"Takdelah. Apa salahnya ganti dengan yang besar sikit?" Cadang Rina lagi.

"Alah, katil abang kamu tu pun besar apa. Bukannya tak muat Kak Jie kamu ni tidur sekali atas tu. Kalau katil tu kecik sekalipun, takkan jatuhnya Kak Jie kamu ni. Abang kamu kan ada hehehe"

"Uhukkkk!"

Jawapan selamba Puan Marisa telah mentomatokan muka Jie dan menyebabkan anaknya tersedak. Typical bukan? Nope. Yang typical kalau tersedak air sirap ataupun tersedak nasi. Tapi Zafril tersedak jajan Mamee untuk dijadikan goodies itu. Seronok Rina menggelakkan Jie dan abangnya.

'Memang satu keluarga ni suka buat aku heart attack ke macam mana ni?'

"Ahahah kau okay tak, bro?" Nazriel acah prihatin sambil menepuk kuat belakang Zafril.

"Alahh tak payah nak acah malu sangatlah. Betul apa yang mama kau kata tu kan Naz?" Giliran Nazrief pula yang menyakat sambil memandang Nazriel di sebelah Zafril. Bawak geng, boleh ah sembang kencang. Time dia, kemain cuak.

Merah muka Zafril. Bukan sebab malu, tapi sebab perit tekak akibat tersedak. Dahlah gula-gula tu boleh tahan saiznya. 'Habis barai digestive system aku'

"Ooo takpe-takpe. Nanti time abang nak nikah dengan Ariana, tahulah saya nak buat apa muehehe..." Dihidangkan muka yang mengerikan pada Nazriel.

"Eh, kau janganlah macamtu. Abang gurau je tadi. Saja nak merapatkan ukhuwah. Si Rief ni pun kacau kau jugak tadi lagi teruk dari aku kot!" Tak puas hati bila dia sahaja yang menjadi target.

"Takde hal. Time Abang Rief nanti, saya kasi surprise laaagi boekk dari time Abang Naz hahah"

"Eh? Apesal pulak aku punya lagi 'boek' ?"

"Pasal abang kan yang sulung. So, kenalah bagi yang the best gitu."

"Eh eh, kau jangan nak mengada. Aku tua dua minit je dari dia."

"Well that doesn't count, lovely brotha... Hehe." Nazriel cakap gaya gedik dengan jari telunjuknya digoyang-goyangkan depan muka Nazrief.

Malang tidak berbau. Jarinya digigit Nazrief. Muahahah. Ini perkara biasaaa...

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now