✌He's Home

1.5K 125 4
                                    

Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumahnya. Zafril yang baru sahaja mahu membuka pagar rumahnya terhenti.

Terrrlambat nak jemput Rina balik dari kelas tambahan sebenarnya. Sabtu, tak buat apa-apa, memang tidur ajelah.

Dasar abang bertuah.

Melainkan dia keluar dengan Jie, aaa tu baru dia tak membuta waktu siang.

"Siapa pulak tu? Takde pulak orang aku kenal pakai kereta ni. Siap tinted gelap gelita bakhang. Ni kalau kantoi dengan abam polis, memang merasalah kau hulur duit sambil senyum." dalam pada curious tu, sempat Zafril membebel.

Tiba-tiba dilihat orang yang tersangatlah dikenali keluar daripada tempat penumpang. Membulat matanya.

Rina keluar dari kereta itu dengan tersengih-sengih. Amboi? Dah pandai balik sekolah dengan orang lain!

Terus bercekak pinggang Zafril jadinya. Tu tak kira lagi dengan muka seposen + macam nak marah, kening tinggi melangit, bermakna Rina kena explain every single detail macam...

"Sayang balik dengan siapa tu? Lelaki ke perempuan? Kenapa tak call abang je kalau lama sangat tunggu? Bahaya tahu tak. Sekarang bukan boleh percaya orang yang tak kenal. Ni bila masa dah pandai couple-couple? Habiskan belajar dulu. Jangan senang-"

Ternganga Rina mendengar berdas-das soalan padu dari Zafril.

"Shhhhh!" pantas Rina menyuruh abangnya senyap. Membebel kalah mak dia.

"Aik? Dah pandai melawan pulak?"

Mengeluh pulak Rina jadinya.

"Alah abang. Bukan selalu. Lagipun dia baik. Plus, dia handsome tau! Erm, abang taknak jumpa ke dengan pakwe handsome Rina tu? Boleh kenal-kenal dengan dia." Sengaja dia membalas dengan soalan sambil tersenyum sinis pada Zafril.

Tercengang Zafril jadinya. Ah sudah! Hantu mana pulak yang dah mengajar adik aku jadi pelik-pelik ni? Ke aku hantu?

"Kalau berani, suruhlah dia keluar. Biar lebam biji mata dia abang kerjakan. Yang dia tu macam tak reti nak balik dah kenapa? Ke memang nak parking kereta kat situ sampai subuh esok?" merah padam muka Zafril. Allergic bila adik dia dah sayang lelaki lain selain dia. Uhuhuuu...

#sadlife

Makin melebar senyuman Rina.

"Okay. Jap nak panggil dia." Rina kembali ke arah kereta 'boyfriendnya'.

Zafril baru nak tengok lelaki itu melalui tingkap keretanya. Tapi dia tak buka tingkap pun. Dia buka sikit pintu dia untuk bercakap dengan Rina.

"Huh takutlah tu aku nampak dia. Ada hati nak jadi laki sayang aku. Puihhh"

Zafril menggenggam tangannya. Dah bersedia nak bagi 'buah tangan' untuk tetamunya bawa pulang.

Zafril rasa nak meraung. 'Mamaaa lihatlah apa dah jadi dengan anak perempuanmu yang seketul ini... ' dia siap sempat meratap merintih kotahu?

Rina kembali berjalan ke arah Zafril dengan sengihan terlebih bahagia ibarat senyuman manis terlebih gula. Adik dia dah jadi perempuan gatal ahahahah.

Bila lelaki itu keluar sahaja dari kereta dan membuka cermin mata hitamnya, kaku tubuh Zafril. Terus berubah riak wajahnya. Lemah terus genggaman tangannya tadi.

Lelaki itu berjalan mendekatinya.

"Assalamualaikum... Zaf... " dua patah perkataan dari lelaki itu. Cukup untuk membuatkan air mata lelakinya yang tersangatlah berharga menitis laju.

Lalu menitislah hujan dengan lebatnya. Angin yang bertiup kini menyesakkan dada ketika kedua-dua insan ini bertemu kembali setelah lama berjauhan tanpa sebarang berita. Terlintas kembali memori yang lalu ketika mereka sentiasa bersama. Terlalu indah rasanya. Awan mendung berarak mendekati. Kilat sabung-menyabung, lalu kedua-duanya mati disambar petir.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now