🔥Special Chapter

1.1K 88 21
                                    

"Ash, nak makan daging blackpepper boleh? Yang macam Aril masak." pinta Zafira sambil menarik-narik hujung t-shirt Ash. Yalah, style Ash masak daging blackpepper lain sikit dengan Zafril punya.

Ash berpaling berdiri menghadap isterinya yang confirm mengidam lagilah tu! Dia baru saja selesai menyiapkan kerja pejabatnya di bilik sebelah tadi. Masuk je bilik, bini dah buat request.

"Eh? Kenapa tak tidur lagi ni? Okay, boleh. Esok kita buat ya?" rambut isterinya dielus perlahan.

Dah lima bulan kandungan Zafira. Kira selepas ber-short-vacay di Pahang haritulah. Tak sangka short vacay dah jadi express honeymoon. Hehe... Dah nampak baby bump.

"Erm, tapi saya nak makan sekarang..." Zafira masih mengharap.

"Hah?? Sekarang? Sekarang dah dekat pukul dua pagi sayang. Esok sajalah ya?" pujuk Ash.

"Nak jugak! Nak jugak!" bentak Zafira tak mahu mengalah.

"Tapi ni kan dah lewat sangat. Larat ke nak makan pagi-pagi buta macam ni?" Ash masih cuba berdiplomasi.

Zafira terus terdiam. Dia duduk di birai katil sambil menunduk memandang lantai. Jarinya bermain-main dengan baju tidur labuhnya. Merajuk.

"Sayang, janganlah merajuk... Promise, esok saya buatkan untuk awak. Nanti saya buatkan banyak-banyak. Okay?" Ash mendekati isterinya.

Mata Zafira berkaca. Sedih apabila kemahuannya tidak ditunaikan.

"Awak dah tak sayang saya..." belakang telapak tangannya mengelap kasar air mata yang hampir menitis.

Ah sudah! Takkanlah sebab aku tak nak masakkan sekarang terus terasa tak disayangi? Haru sungguh! Bini siapalah ni?

Hashtag preggymommy.

Lalu Ash melutut di hadapan Zafira. Tangannya menyentuh dagu Zafira supaya memandangnya.

"Alaa, janganlah menangis. Okay-okay. Saya masak sekarang. Tapi awak makan tau?"

Zafira mengangguk laju dengan senyuman lebar. Matanya yang bulat bersinar macam Puss In Boots tu yang buat Ash rasa tak sampai hati. Comel tak menahan! Nasiblah bini sendiri.

Ash berlalu keluar bilik untuk memasakkan isteri bertuahnya itu late night supper. Late night kejadahnya. Dah kira pagi pun!

Tertutup saja daun pintu, Zafira menjerit gembira.

"Yessss! Idea menjadi! Yahooo! Owyeahh!!!" bersorak sakan dia di atas katil. Mujurlah dalam perut tu ada orang. Kalau tak, gerenti dah berguling dah ni.

Tanpa dia sedar, Ash sudahpun bersandar di muka pintu gaya hero Malaya dengan kening ternaik tinggi.

"Dah agak dah. Kau ingat aku tak tahu trick kau tu? So wicked." Ash bercekak pinggang.

Zafira terkejut sakan. Alamak! Kantoi!

"Eh? Ehehee... Sejak bila ada kat situ?" Zafira tersengih-sengih cuba menutup kesalahan.

Ash tidak menjawab. Masih dengan muka serius dan malas melayan. Laju Zafira mendapatkan suaminya.

"Alaaa Ash boleh laaaa... Aku teringin nak makan..."

"No!" Ash bersuara tegas.

Lantas Ash dipeluk erat. Wajahnya disembamkan dan digesel-geselkan ke kanan dan kiri di dada Ash meminta simpati. Memang cun-cun je tinggi dia sampai paras situ.

"Ash... Sayang... Biy... Abang... Boleh lah ya? Pleaseee?"

Ash mendengus perlahan. Tengah pregnant pun masih licik lagi.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now