✌Menantu Ayah

1.3K 95 7
                                    

"Adik ni betul ke? Jangan dibuat main benda macam ni!" Uuu garang pulak mama dia harini.

"Erm... Betullah, ma. Adik dah decide."

"Habistu, si Aizal tu macam mana? Kamu biar macamtu aje?"

"Taklah. Haritu adik dah jumpa dia. Terus terang. Senang."

"Hmm. Tapi mama peliklah. Cuba bagitahu mama, kenapa kamu tolak dia? Mama tengok la kan, dia tu dah cukup pakej nak dibuat jadi laki. Apa yang kurangnya?"

"Erm... Tak, bukan pasal kurang ke lebih ke apa. Cuma-"

"Cuma baby dah awal-awal disambar orang, ma. Tu yang si Aizal kena tolak. Nasib perempuan tak boleh kahwin empat je tu. Kalau tak, dua-dua dia hangkut sekali atas pelamin agaknya."

"Naz! Ishhh benci ah macamni!" Muncung bibirnya. Boleh buat sangkut spender.

Terangkat kening mamanya. Biasalah. Habit keturunan. "Ohh. Jadi itulah sebabnya ya? Dah lama ke kamu kenal dia?"

"Kawan universiti, ma. And tempat kerja pun sama."

"Selalu dating lah ni ya? Dalam diam dia rupanya ish ishhh."

"Aihh mana ada dating. Kitorang lepak je selalu."

"Lol, by. Bukan sama je ke tu?" Nazriel menyampuk.

"Lainlah! Dating tu keluar berdua, acah sweet bagai. Kitorang ni keluar pergi foodcourt, melantak, masuk office balik."

Puan Ruby hanya mampu geleng kepala. 'Macam-macam lah budak berdua ni. Pening aku.'

"Macamni lah. Mama tak kisah kamu nak pilih siapa. Tu kamu settle la sendiri. Yang penting, mama dah kahwin hehe. Dah besar kan? So buatlah mana yang elok. Jangan kamu pilih yang bukan-bukan sudahlah. Sebaiknya, biarlah yang boleh memberikan mama cucu-cucu yang comel lagi adorable. Hahahah"

Membulat mata Jie. Yang Nazriel kat sebelah dah mengekek ketawakan dia. Nasib kaulah dik ada mama rare macamni.

"Ma, mama taknak tengok muka bakal menantu first mama ke?" Saja Nazriel menambah perisa. Bertuah punya abang! Jie dah menjeling tajam.

"It's okay. Surprise me,  by the time he come here." Puan Ruby tersenyum. Lantas dia bangun menuju ke dapur. Seriously? 'Surprise me' tu macam rancangan makanan channel AFC je.

"Er, tu maknanya mama nak suruh dia datang sini ke apa Naz?" Dipandang Nazriel di sebelah dengan muka blur.

"Kalau tak datang, macam mana nak masuk meminang." Kali ni Nazriel pulak yang tersenyum sebelum bangun pergi ke dapur. Alahai... Memanglah anak mak 😒

-----------------------------

"Hello orang di sana. Eh, lupa. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam orang di sana. Kenapa call orang di sini?" Jie buat loudspeaker je. Senang. Sebab dia tengah busy kupas buah mangga.

"Saja je call. Sebab orang di sana tu balik kampung tak roger-roger. Bakal mak mertua aku sihat tak? Hehe"

"Aaa sihat je tu. Alhamdulillah masih hyperactive seperti biasa nampaknya."

"Yasss nais-nais. Kau, er... Dah bagitahu dia belum?" Zafril mengharap gegila Jie faham apa yang dia maksudkan. Yelah, nak cakap straight, terasa segan huhu. And no, mereka tak bercinta ye! Aku tak kasi. Tunggu kahwin dulu lah ye.

"Ermmm... Sorry, Ril. Mama said no..." Muka troll je dia bercakap. Saya nak test orang di sana.

"WHATTTT??! Seriously??!!" Zafril rasa terkejut gila. No no no! Dia tak boleh terima! Tak boleh jugak-jugak!!!

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now