✌Being Ourselves

1.5K 134 13
                                    

Zafril yang sedang sibuk melihat satu-persatu gambar di dalam album besar itu tersenyum. Gambar yang diambil oleh Rina sepanjang birthday party Ash haritu. Serius banyak walaupun ada sesetengahnya telah dicancel daripada dicuci.

Gambar sewaktu Ash dengan Al berlari berkejaran pun ada. Zafril memandang pelik. Nampak macam Al sedang memegang sesuatu untuk dibaling kepada Ash. Alah... Kes yang rembat pemadam tu. Tapi hanya mereka berdua je yang tahu. Tergelak Zafril.

Teringat Zafril sewaktu dia dan rakan baiknya sentiasa bersama. Jangan mengada-ngada ko nak fikir yang bukan-bukan pulak! Kawan dia yang tengah stay dekat Melbourne tu haaa. Diorang berdua pun lebih kurang macam Ash dan Al jugak. Childhood friendnya.

"Zaf, kalaulah one day kita kena duduk berjauhan, ataupun aku kena pergi, agak-agak kau akan cari pengganti aku tak?" Tanya Irfan kepada Zafril yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Ishhh. Kau merepek apa ni? Okay first of all, kau jangan mengada-ngada nak pergi mana-mana apatahlagi nak tinggalkan aku. And second, asal aku nak kena cari pengganti bagai? I don't wanna sounds like a gay or what, but seriously bruh, I got you, and that's all I'll ever needed."

Irfan hanya tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya. Terharu. Tak mengapalah. Nanti sahabatnya itu akan faham juga apa yang dia perkatakan hari ini.

"Thanks Zaf. Seriously aku terharu sangat. Bukan apa, kita mana nak tahu apa yang akan jadi nanti in the future kan... But that's fine. Kalau aku tak ada, promise me, kau akan cari sesiapa untuk jadi kawan kau. Aku taknak kau jadi loner since kita berdua je dari dulu sampai sekarang. Cuma satu je, jangan lupakan aku."

PAPPP!!!

"Adoi! Asal kau ketuk aku? Sakit dowh." Omelnya selepas diketuk belakang tengkuknya oleh Zafril.

"Dahnya kau tu. Sape suruh kasi ayat syahdu bagai. Yelah fine! I promise. Tapi.., kalaulah memang betul apa yang kau cakap tadi, janji dengan aku jugak, yang kau pun akan cari kawan baru. Jangan jadi loner. Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan kau Fan. kau je yang sentiasa faham aku and sentiasa ada dengan aku. And kalau ya pun aku jumpa member lain, kau tetap takde pengganti. Takde sesiapa yang sama dengan kau..."

"Hmm kau pun Zaf..." Tersenyum Irfan sambil menepuk belakang sahabatnya.

Tak tahulah kenapa. Tapi petang itu, terasa sangat berlainan dengan hari-hari yang lain walaupun mereka berdua sedang berada di tempat yang hampir setiap hari dijadikan port melepak pada petang selepas habis kelas. Zaman universiti ni je ada masa nak lepak bagai. Bila dah kerja nanti, sibuk memanjang. Irfan tu, engineer-to-be. Tak sama langsung minat dia dengan Zafril.

Seminggu selepas perbualan mereka pada petang itu, Irfan telah berjumpa dengan Zafril. Sekadar untuk memberitahu yang dia akan tinggal di Melbourne untuk jangka masa yang agak lama. Irfan hanya memberitahu yang dia terpaksa pergi atas urusan keluarga. Itu sahaja yang disampaikan kepada  Zafril. Berserta satu kotak bersaiz sederhana. Sebagai kenangan sementara dia pergi.

Gambar terakhirnya dengan Irfan. Berserta sepucuk surat dan keychain. Dibeli sewaktu percutian mereka dahulu.

Dan kini, sudah terlalu lama mereka tidak berjumpa. Tiada khabar dari sahabatnya di sana.

'Mungkin sibuk sangat kot? Takpelah. Nanti dia balik juga... Kan?' Tanya hati Zafril.

Soalan yang dia sendiri pun tak tahu jawapannya.

Diselak helaian seterusnya.

"Ehhh??? Gambar aku?" Dilihat gambarnya yang sedang duduk berhadapan dengan Jie sambil kedua-duanya sedang galak ketawa.

HIPSTER DOWH Donde viven las historias. Descúbrelo ahora