✌Panas Hati

1.2K 97 0
                                    

"Assalamualaikum. Raff! Kau dah siap ke belummm? Oii Raff!" Terjengket-jengket Aidil mencari gerangan Raff yang tak reti-reti nak angkat callnya sampai dia terus datang rumah Raff.

"Dil! Aku kat bawah ni haaa. Jap weh!"

"Haaa? Bawah mana?" Uishhh. Suaranya ada. Orangnya takde nampak pun huhu.

"Kat tengah alam ni haa kau tak nampak ke. Depan tiang."

"Lahai situ ke. Pehal kau tak angkat aku call? Hish buat risau aku je. "

"Nak risau pehal lak?"

"Yelah. Kau dahlah tengah duduk sorang. Manalah tahu kau pengsan ke, terseliuh turun tangga ke, tak ke naya?"

"Haih Dil, tahap kerisauan kau ni lagi tinggi dari parents aku hahah. Dah jom ah gerak. Yang lain dah sampai kut?" Didekati motosikal kesayangan A.K.A Ninja Boo nya. Yang betulnya Ninja tu je. Boo tu dia tambah sendiri. Singkatan untuk 'babyboo'.

"Jom. Kunci la dulu gate kau ni. Jangan gelojoh sangat." Tak habis lagi pesanan penajanya.

"Haih iyeee, Dil."

------------------------------

"Weh, kau dah kenapa ni? Dari aku sampai tadi, sampailah sekarang ni kau berangan. Biasanya bising sangat. Asal dowh?" Puas dah ditenung muka Raff dari tadi sampai dia rasa macam tunggul. Member-member dia yang lain pun rasa musykil.

"Hah? Takde ah. Biasa je?"

"Banyaklah kau punya biasa je. Kitorang ni, dah berbuih mulut panggil kau. Sengal betul. Ke ada apa-apa kau sorok dari kitorang ni?" Tanya Ijat. Alah, yang Mr. Perfect 10 dulu tu. Ingat tak? Yang dia ada waktu dinner diorang tu haa.

"Keee... Kau ada sorok weed weh?" Mike buat muka mintak penyepak. Babun sungguh! Member sendiri dituduhnya yang bukan-bukan. Owh by the way, Mike tu nama member-member dia panggil. Senang, pendek je. Nama betulnya Mikael. Yeah.

"Woiii siot betul kau tuduh aku simpan benda haram tu! Aku debik kau sia-sia je hidup 19 tahun tak sempat masuk second series."

"Alahhh chill la bruh. Tak payah nak emo. Ce citer apa masalahnya yang tiba-tiba kau jadi pendiam gila ni? Definitely not a normal thing, nor a good sign." Okay Ijat tengah cuba slow talk dengan Raff lah tu. Bukan apa, biasanya kalau ada Raff, mesti meriah gila. Takkan hambar macam ni. So bila dia diam, teramatlah menyerlah.

"Takde ah. Aku okay je ni. Tak sihat sikit je."

"Jap, yang aku perasan, kau mula jadi pelik since keluar dari koop tengahari tadi. Asal ek? Dengan muka merah lagi. Haih..." Aidil yang teringat keadaan Raff dari siang tadi menambah perisa. Yang member tu punyalah seboleh-bolehnya nak diam je. Tak gentle la lelaki share pasal crush duhh...

"Ke pasal awek ni bhaii?" Mike tak habis-habis lagi dikk meneka.

"Haa tengok tu. Merah lagi dah muka dia. Adoiii lah. Pehal tak cakap awal-awal. Citer ah awek mana yang sampai buat kau jadi abnormal sangat ni? Cun tak?" Soalan typical yang akan ditanya bila nak describe orang.

------------------------------

"Abang, jomlah keluar."

Zafril yang sedang menonton Doraemon memandang Rina.

"Nak keluar malam-malam ni? Nak buat apa?"

"Alahhh bosanlah duduk rumah je. Jomlah... Bukan nak pergi shopping pun. Dinner je. Bolehlah pleaseee..."

"Hmm yelah. Ajak mama sekali. Kita makan luar."

"Okayyy thank you abangku. Love you muah muah hehe..." Dengan muka bahagia, Rina naik ke atas nak ajak mama dia sekali. Tak lama selepas tu, dia turun balik.

HIPSTER DOWH Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt