✌Twins Issue

1K 88 32
                                    

"Abang, ni kamu rajin tak nak ambik adik? Ke tak boleh drive?"

"Boleh je, ma. Adik balik pukul berapa?"

"Dalam pukul lima."

Zafril mengerling jam dinding. "Lima belas minit lagi ni. Jie! Nak ikut aku tak?"

Jie berlari-lari anak ke ruang tamu. "Haa, sorry apa kau cakap tadi?"

"Nak teman aku ambik Rina tak?"

"Bila?"

"Now."

"Erm. Boleh jugak. Kejap aku pakai tudung." Nasib baik memang tengah pakai baju lengan panjang. Tinggal sauk aje tudung.

So, ini kali kedua Jie melawat ke sini.

"Jie. Keluar dari kereta jom?"

"Hmm? Mana?"

"Lepak situ jom jom jom? Ada ABC y'all"

"Really? Yeay! Jom cepat."

Tak sampai lima minit Jie dan Zafril berbahagia dengan ABC masing-masing, Zafril ternampak Rina dari jauh.

"Kejap Jie. Kau sambung makan. Aku nak panggil Rina."

"Hah? Mana dia?"

"Tu dah keluar."

Dia perlu melintas jalan untuk ke sana.

"Sayang!"

Rina yang tengah berborak dengan rakannya terus speechless. So happy!

"Abang! Weh Wani, aku gerak dulu tau. Bye!"

Macam biasalah, drama swasta adik beradik. Terus dia lari pada Zafril dan peluk abang kesayangan dia tu. Lepas tu baru salam. Rindu lama tak jumpa. Nasib baiklah dekat hari-hari video call. Dah besar-besar pun masih manja dengan abang dia.

"Abang, bila sampai? Tak bagitahu pun nak balik rumah?"

"Hehe saja. Surprise gitu. Dah, jom balik. Kak Jie ada kat sana." Dicapai tangan Rina.

"Eh, abang. Kenapa tangan tu?"

"Hehe. Minor accident."

Raff macam biasalah. Dari jauh memerhati. Nampak ceria betul Rina bila dengan abang dia.

"So macamana Raff? Mampu?" Aidil yang dari tadi berdiri di sisi Raff tersenyum.

'Mampu' as in mampukah Raff jaga Rina macamana abang dia jaga dia. And yang paling penting, kalaulah Raff serius sekalipun, mampukah dia nak berjumpa menghadap abang Rina. Satu-satunya lelaki yang paling penting pada Rina selepas arwah ayahnya.

Zafril memang seorang yang sangat cool dan chillax dalam semua perkara, kecuali hal adik dia. Itu belum tentu dia boleh compromise. Hmm.

"Entahlah. Aku pun tak pasti dan tak dapat guarantee. Adik pun aku tak pernah ada."

----------------------

"Rina. Jom duduk luar?"

"Sekarang?"

"Eh tak. Esok pun boleh."

"Ish akak ni! Sajalah tu nak perli orang. Mana abang?"

"Entah. Mandi agaknya."

"Okay. Jom."

Mereka duduk di tengah island. Malam ni sunyi je. Tenang. Belum masuk Isyak lagi. Makanan dah ready agaknya. Jie nak tolong masak, mamanya kata tak payah. Nak kasi 'lauk surprise' katanya. Ikutkan ajelah.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now