🔥Special Chapter 4

851 77 8
                                    

"Sayang jom?"

"Jom? Jom ke mana malam-malam ni?"

Ash tersenyum. "Rempit jom?"

"Hah?!" Zafira tercengang. Gila ke mamai ni?

"Jom jom jom?"

"Amboiii... Mentang-mentang Mel dengan Adra takde, jadi muda balik dia ye?"

"Sayang. Here's the thing. First, mestilah. Sebab biasanya kan busy dengan diorang. Tak sempat nak dating. And second, aku ni muda lagi tau. Jangan kata wrinkle, pimple pun tak ada tau!"

"Pulak... Haa yelah. Aku bersiap dulu. Ni kira makan kat luar lah ye?"

"Yasss. Takde feel nak masak malam ni. Jom siap."

"Hmm."

"And satu lagi, pakai shawl. Jangan pakai bawal."

"Hah? Alaaa... Asal tak boleh pulak?"

"Kan aku kata tadi, nak rempit. Karang rosak pulak awning tudung tu kena angin. Mulalah meraung-raung tiga hari tiga malam." perli Ash.

"Ohh... So thoughtful. Okay then."

Lepas balik haritu, terus Ash ambik balik motor rempit dia kat rumah mummy dan daddynya. Selama ni malas nak ambik sebab ingatkan wanita-wanita hijabster macam bini dia ni jenis tak suka naik motor. Biasalah, nanti katanya nak jaga awning tudunglah, baju tak sesuai nak naik motorlah, takut jeweleries jatuhlah, tak nampak grand lah. Macam-macam komennya. Kalah puteri raja.

But nope.

Zafira tu hijabter savage. Takde hal lah.

"Heyy. Jaket jangan lupalah. Sejuk nanti." jaket kulit yang tersangkut di wardrobe diambil dan dibungkuskan ke muka Zafira.

"Hoiiii hantuuu punya orang!" lalu hidung Ash dipulas kuat. "Amik kau! AHAHAHAHAH puas hati aku." wahh lama dah tak buat benda ni.

"Oh kau! Berrrani kau ya! Sini kau! Senget hidung aku, jagalah kau nanti." tangan Zafira direntap kuat. Lepas tu dia angkat atas bahu, bawak turun sampai ke luar rumah. Sempatlah sauk sekali handbag Zafira dekat atas meja tadi dengan kunci tepi dinding.

Ni tak boleh buat waktu ada anak-anak dekat rumah. Bahaya. Takut nanti anak-anak diorang start main wrestling, tak ke naya? Jadilah Mini Zafiras. Tak mampu Ash nak melayan tiga-tiga perempuan tu.

-------------------

"Eleh. Tadi nangis-nangis. Ni boleh gelak-gelak pulak dengan ayah?" Jie mencubit pipi Yish yang merah-merah macam nak cendol. Yish tergelak mengekek.

Zafril seronok mengagah Yish yang sedang meniarap di atas badannya. Zafril tadi tengah landing atas karpet tengok bola. Tiba-tiba Jie datang bawak Yish yang menangis tak mahu dipujuk.

"Hurm Yish, Yish rasa kan, siapa menang malam ni? Chelsea ke Arsenal?"

Yish senyap memandang ayahnya. Kemudian mulalah dia menjawab.

"Aaabababaaaba..." sambil menepuk-nepuk telapak tangan ayahnya.

"Kannn! Haa tulah. Ayah pun rasa Chelsea jugak." dengan penuh confident Zafril membalas.

Tak semena-mena, Yish menggeleng.

Zafril dan Jie terkedu sekejap sebelum Jie gelak terbahak-bahak. Gelakkan laki dia la pun.

"Apa ni Yish? Tadi kata Chelsea. Ni apa tukar fikiran pulak? Mana boleh macam tu!" Zafril tak puas hati dengan 'pendapat' anaknya.

Jie terasa penat sangat. Baru selesai mengemas dan mencuci apa yang patut. Tadi keluarga Lisa datang. Bukan main seronok lagi Dhia main dengan Yish.

HIPSTER DOWH Onde histórias criam vida. Descubra agora