✌Rosy Cheeks

1K 91 9
                                    

"No Ash! This is humiliation! Turunkan aku balikkk you spoiled brat!"

"Humiliation ape kebendanya. Kau tu yang tak reti-reti nak mandi." keluhan berat dilepaskan. Kenapalah perempuan ni merupakan spesis malas mandi ek?

"Kalau kau tak nak aku libas bontot kau, baik kau turunkan aku."

"Heh. Betul nak aku turunkan kau dekat sini? Boleh aje..." Ash mengacah untuk melepaskan pautannya pada pinggang Zafira di atas tangga itu. Uiiiish kalau dia betul-betul lepas tu, alamatnya cacat kekallah bininya lepas jatuh bergolek.

Ni bukan scene dia angkat Zafira macam scene dalam drama korea. Tapi dia angkat macam penculik nak kidnap budak. Angkat atas bahu.

"Eeeeeh takpelah. Jalan je terus. Karang tak pasal-pasal aku jadi hantu tangga."

Bumm!

Dihumban sahaja Zafira atas katil. Bahunya diurut.

"Hmm. Naik sengal bahu aku angkat kau. Tak padan dengan badan kecik. Berat dia... MashaAllah..." telefon bimbit dicapai. Nak check noti. Bila dia pusing je ke katil semula...

"LAILAHAILLALLAH ZAFIRA AVEN! BANGUN! Eeee tidur pulak dia!"

"Alaaaah five minutes please." antara dengar dengan tidak je suara dia. Tenggelam timbul.

"No. Kalau nak tidur, mandi dulu. Nooow!!" peha Zafira ditepuk kuat.

"Sakitlah babun..." senada je suara dia. Kes mengantuk sangat-sangat. Tak terlayan rasa sakit.

"Apalah yang kau buat dekat butik tadi sampai barai macam ni? Haih"

Memandangkan cik abang kita ni dah reti dah bab-bab mekap sikit-sikit, so, makeup remover digali. Tahulah dia beza remover dengan toner. Kapas diambil. Ash naik ke atas katil dan duduk di bahagian kepala Zafira landing.

Kepala Zafira diangkat sedikit ke atas pangkuannya. Sekarang, Ash dah ada hobi baru y'all. Buangkan mekap bini dia sejak tahu pasal kewujudan 'makeup remover'. Tak tahulah kenapa. Tapi dia rasa best. Terasa macam buat iklan before and after gitu.

Kapas dilembapkan dengan makeup remover tadi. Okay. Mulalah dengan aksi sental menyental. Dengki punya pasal, kapas tadi disumbat ke dalam lubang hidung Zafira.

Terus celik mata Zafira.

PAP!

Dalam sekelip mata, kedua-dua tangan Zafira dah melekap pada pipi Ash.

"Adoi! Sakitlah!" rambut Zafira ditarik.

"Arghhh aduh sakitlah!"

"Ooo kau punya sakit, kau tahu. Aku punya sakit? Ada kau kisah?"

"Nehh. Zero f*cks were given today. No doubt." dia menggeleng berkali-kali.

Ash terdiam sesaat. "Bapak jujur siaaa... Bagus-bagus. Nilai murni seperti ini yang mahu kita terapkan dalam diri setiap hari." suaranya dibesarkan macam suara lelaki dalam iklan TV3 lengkap dengan mimik muka mintak selipar.

Zafira senyum sinis. "Yeah. Why not?"

"And why not you get up now and go mandi laa. Aiyoo. Sini," lantas blaus isterinya direntap ke atas dan menyebabkan Zafira menjerit dek terkejut.

"Arghhh help! Help! Pencabul! Pencabul! Help meee! I'm scared!" Zafira bertempik di dalam bilik itu.

Ash membuat muka disbelief level 99.

"Kau ni Zaf... Mamai ke gila ni? Aku tarik blous je kot! Kan still ada inner." blous tadi digumpal dan dilenyekkan ke muka Zafira. "Eeee sakainya bini aku... Over betul."

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now