✌Clingy

1.2K 98 29
                                    

*so sorry tadi terrrpublish tanpa sengaja.*

---

"Man! She's so clingy. Yea, it's a good thing lah kan sebab dia caring. But sometimes, her attitude made me standing in front of the hell gate!"

Emo betul klien Zafril yang seorang ni. Biasalah, masalah rumahtangga. Hari ni, dia ada appointment dengan tiga klien, tiga-tiga ada masalah dengan perempuan. Yang sorang dengan tunang, sorang lagi dengan janda dia, yang sekarang ni pulak dengan isteri dia. Oops, isteri baru dia. Hahah. Poligami y'all.

"Hmm, okay. Masalah apa yang jadi bila dia 'clingy' tu?"

"Okay, contohnya last week, waktu tengah meeting dengan big boss, dia call almost every 10 minutes. Boss dah macam nak bagi warning pun ada. Susahlah macam ni. Office hour kan. Sepatutnya dia fahamlah my time. Plus, I already mentioned to her about the meeting right before I went out to work."

"Maybe it was an urgent call?"

"Nope. It's just the way she is. I don't know how to handle this anymore. Selagi tak angkat, selagi tu lah dia call."

"Okay. Kau kata dia clingy, and itu menyebabkan masalah pada kau sebab somehow rasa tak bebas kan?"

"Yup."

"Aku rasa aku faham kenapa dia jadi macam tu. Man, she's the second wife. So basically, dia nak kau bagi perhatian dekat dia sebanyak mana kau bagi perhatian pada first wife kau. Dia cuba sehabis boleh untuk bagi kau yang terbaik. Perasaan terpaksa untuk 'compete' tu memang akan naturally ada." Diperhatikan respon pada riak wajah lelaki di hadapannya itu.

Okay, biasanya Zafril dengan klien beraku-kau je. Dia taknak terlalu formal sebab taknak klien tu rasa kurang terbuka untuk kongsi masalah. Dia nak interaksi antara dia dengan klien tu, chill je macam man to man punya talk. Itupun kalau klien tu selesalah. Kalau yang macam jauh je umur, dia akan tanya dulu. Itupun supaya diorang selesa jugak. Bukan tak pernah orang berpangkat datang ke situ.

"Hm aku ada jugak perasan tu. Tapi dia tak perlu pun terlalu try hard. Aku treat dua-dua sama je."

"Memang, tapi itu pada kau. Sedangkan dia tak tahu pun apa yang kau fikir. Macamnilah, kau cuba slow talk dengan dia. Jangan biar dia macam tu je and jangan kau harap je dia faham-faham sendiri. Women are complicated. So, kau kena make it simple. Cakap je straight to the point. Perempuan kan banyak insecurities. And your attention for her, is just one of 'em. Kalau nak ikutkan, adil tu tak cukup untuk diorang. Sebab, diorang sentiasa nak diorang tu jadi yang memang the best compared to the other."

Lelaki itu masih berdiam diri. Cuba nak hadam apa yang cuba Zafril sampaikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kahwin, kau hadap ajelah.

"Aku tak rasa slow talk is enough to make her feel better."

"Mungkin jugak. So, kau kenalah bagi something more. Maybe macam surprise gift ke apa. Takpun pergi romantic dinner ke..." Zafril cuba pula memberikan cadangan lain. Tapi bengong sikit, sebab dia bayangkan kalaulah Jie jadi macam tu ahahahahhah k lawak. Karena bininya seorang yang ganas. Acano nak berclingy?

"Tapi, tak adillah pada first wife aku? Sebab aku tak bagi dia apa yang aku bagi pada madu dia?"

"Eh, mana boleh macam tu. Kau tetap kena adil which means kalau bagi hadiah, bagi pada dua-dua. Just make sure they didn't know that they both just got something from you. Aaagitu bohh."

"Ah I see..." Dia menganggukkan kepalanya. Baru dapat ilham lettew.

Selesai sahaja sesi itu, laju dia melangkah ke bilik sebelah. Nak ajak lunch, tapi orangnya tak ada. Dicari pula di ruang rehat, pun takde. Ke dia dah gerak dulu meninggalkan aku kesepian dalam office ni? Uhuhu... Sampainya hatimuuu...

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now