✌Daddy Zafril?

1.2K 103 12
                                    

"Hey, asal muka macam penyu tersedak ni?"

"Hmm... Aku pregnant."

"Hah?! The hell kau ni?"

Carutan itu hanya dibiarkan sepi.

"Woiii jawablah aku tanya ni"

"Lah, betullah. Apa yang peliknya?"

"Okay, listen. First, siapa pulak yang nak 'mempregnantkan' kau? And second, sedarlah yang kau tu lelaki. Kau dah kenapa gila?!" Gerutu Al yang terasa sakit hati dengan jawapan Ash yang kedengaran sungguh bangang dan tak memberangsangkan.

Zafril yang duduk dihadapan Ash hanya tergelak sendiri. Saja lepak sekali. Macam waktu zaman bujang dia dulu hehe... 'Dulu' la sangat.

"Hmm. Mak aku call tadi." Mukanya masih tak beriak.

"So, dia cakap apa sampai kau jadi blur-blur ayam ni? Kau dah lama tak balik eh?" Tanya Zafril.

"Dia dah mula meroyan nak suruh aku cari menantu dia." Satu nafas keluhan dilepaskan.

"Laaa hahahah biasalah tu. Orang lain umur sebaya dengan kau pun ramai dah kahwin. Tu yang dia bising kot?"

"Hmm masalah la aku ni belum masuk 30 pun lagi. Even 29 pun belum. Chill lah."

"Kau bagitahulah dekat mak kau tu, yang kau tak jumpa sesiapa lagi?" Al cuba memberikan cadangan.

"Aku cakap dah. Boleh pulak dia ugut aku nak kahwinkan dengan anak datin mana tah. Kawan dialah tu! Pleaselah."

"What?! Fuyyoo anak datin bhai! Kira okaylah tu. Mungkin cun? Yelah kan sebab mak-mak datin ni biasanya jaga penampilan anak-anak diorang especially yang perempuan."

"Kalau setakat reti melawa tapi masak pun fail, tak guna. Entah-entah sudip dengan senduk pun dia tak tahu beza." Muka paling ketat dia tayangkan pada kedua-dua jejaka di hadapannya.

"Well, bini aku tu pun bukannya reti mana masak. Alhamdulillah, aku masih hidup dengan kacaknya sehingga ke hari ini." Zafril tersengih apabila teringatkan waktu dia mengajar Jie memasak. Klakor! Goreng ayam pun terlompat-lompat. Takut minyak panas yang meriah dalam kuali tu.

"Jie tu kau dah kenal lama. So, tak kisahlah reti masak ke tak, at least kau dah tahu banyak pasal dia."

"Hmm... At first, aku pun fikir macam tu. Sebab dah kenal dia since zaman diploma lagi. Buutttt, bila dah kahwin ni baru aku tahu, macamana dia tu. Maksud aku macam... Macamana bila dia dengan family dekat rumah, apa habit dia and so on. Benda-benda yang aku tak pernah tahu pun waktu kitorang jadi kawan dulu."

"Tapi dia still tahu beza senduk, sudu and sudip kan?" Naif Al bertanya.

"Hahahah sengal. Mestilah dia tahu. Maksud aku, dia tak retilah nak masak lauk advance gitu. Bukannya sampai tak pernah jejak dapur."

"Kau tak suruh ke dia belajar masak?"

"Heheh. Haruslah. Nanti pindah rumah takkanlah aku nak kena makan maggi aje kot!"

"Wuish! Rumah baru bhai!"

"Tapi aku tak bagitahu lagi dekat dia."

"So, kau suruh dia belajar dekat mana? Kelas memasak?"

"Nope. Dengan aku."

"Hah?!" Terkejut Ash dan Al. "Seriouslah?"

"Yelah. Buat apa nak suruh dia pergi kelas masak bagai kalau setakat aku boleh ajar. Kan kan kan..."

"Ooo... Kira kau reti masaklah ni eh?"

"Yeah, kinda."

"Wahhh. Samalah dengan Ash. Dia pun terer masak. Aku je lelaki sejati tak reti masak." Tiba-tiba Al rasa segan huhu.

HIPSTER DOWH Onde histórias criam vida. Descubra agora