✌Peti Ais

1.2K 114 13
                                    

"Jims..."

"Sampai hati... Lin..."

"Jims! Listen!"

"No, Lin!"

Linda mula hilang sabar dengan kerenah Jie.

"Sedarlah Jie! Wake up you li'l brat! What is freaking wrong with you?!"

"Huh??? Asal kau marah aku?"

"Jie, please jangan buat aku mencarut tengah petang-petang macam ni. Sedar laaa siakkk! Kau dah asar ke belum ni? Hish kau mengigau ke apa mangkuk?!"

Geram betul dia dengan Jie. Dikejut bukan reti nak bangun. Bila disuruh bangun, dijawab pulak. Apa lah nak jadi dengan anak dara sorang ni.

"Hah?! Aku mengigau ke tadi? Aku tidur ek? Lama sangat ke? Huh..."

"Gila tak lama? Dari lepas zohor sampai dah nak 6.30 petang pun! Macam mana lah nak senang hidup kalau solat pun lambat! Haih"

"Fuhhh nasib baik..."

"Huh? Nasib baik kejadahnya bangun lambat?"

"Hah? Err, takde apa-apa lah. Gerak luh pape roger!"

Laju je dia bergegas ke bilik air baru nak ambil wuduk and solat haaa. Lega gila rasa bila tahu tu mimpi je aishhhhhhh seriau! Tapi kalaulah betul-betul jadi... No no no! Tak boleh!

-----------------------------

"Assalamualaikum, Nazzzzzzz... Korang berdua free tak petang esok???" Penuh pengharapan jugak gaya dia ni. Kesian aku tengok.

"Wa'alaikumussalam hadekku. Habangmu yang ini free aje. Tapi tak tahulah habang yang lagi satu tu free ke tak. Kenape ye hadekk? Any problem?"

Cara Nazriel bercakap menyebabkan Jie terpaksa check balik betul ke tidak tu nombor abang dia. Manalah tahu tercall mamat bangla jual karpet bulu kambing...

"Err, kira urgent la jugak ni huhu. Mana Rief?"

"Dia dekat dapur tengah acah masterchef dengan housemate kitorang."

"Aikk? Masak apa? Mencabar sangat ke menunya?"

"Erm, boleh tahanlah. Memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan mental yang tinggi. Kalau tak kena skillnya, memang takkan menjadi."

"Er... Okay... Tapi, masakan apa?? Timur? Western?" Curious pulak rasa. Yelah, abang-abangnya mana reti masak! Setakat maggi tu, expert lah jugak.

"Telur goreng."

"What???! Erghhh seriously? Kita ditipu hidup-hidup. Cis!"

"Hehee biasalah tu. Kitorang berdua ni manalah reti bab-bab masak lauk ni. Kalau pastry tu bolehlah jugak... Tu pun dah cubaan ketiga Rief goreng. Tahanlah sikit. Telur yang first, rentung. Hmm... Tak mampu nak makan. Warnanya pun kalah bontot kawah kenduri."

Jie hanya mampu menepuk dahi sendiri. Tak. Dia tak jendul. Tu yang kurang bijak.

"Habistu, housemate korang la yang ajar ni?"

"Hehe haah ler" Nazriel tersengih sendiri.

"Allahu... Bagitahu dia, adik ucapkan takziah buat dia and mohon tabah."

"Eh? Kenapa pulak?"

"Sebab dapat housemate macam korang berdua. Goreng telur pun fail! Apalah hahahah!"

"Huh sampainya hati... Okaylah. Abang nak gi makan. Memang membaham telur ajelah nampaknya harini. Nanti abang tanya Rief, okay?"

"Alright. Bye! Assalamualaikum."

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now