✌Pasar Malam

1.5K 115 7
                                    

Hmm dekat tempat macamni, banyak betul benda menggoda jiwa. Pandang kanan, makanan. Pandang kiri, makanan. Pandang depan, subhanallah. Punnnn makanan jugak.

Sajalah Zaf nak jimba sorang-sorang kat tempat macamni. Ajak Sophie, malas katanya. Ramai gila kot. Sesak panas-panas. So not her. Lol.

Zafira masih berfikir-fikir lagi apa yang dia nak beli. Padahal dua-dua tangan dah penuh gila. Tamak haloba!

'Errr... Hehe I nampak donat. Aum! Okay fine itu yang last. Fuhhh...' Zafira cuba untuk berjanji dengan diri sendiri. Cuba gais cuba.

Siap sahaja pembelian yang terakhir, Zafira keluar dari pasar itu. Merangkap barang ketiga dia beli selepas donat 'terakhir' tadi.

Bila dah sorang-sorang ni, memang bahaya la. Terdedah dengan remaja dan golongan bermasalah.

"Phewitt. Hai cik adik, jalan sorang je? Nak abang-abang ni temankan tak?" Tanya seorang pemuda yang nampak sangat... erm... rempit dan takde masa depan. Siap dengan evil smile lagi. Terkaku Zafira yang dikelilingi oleh langau-langau berempat sekalian. Tak. Bukan sebab dia melting, tapi sebab dia cuak sangat.

"Ke tepilah! Jangan kacau aku!" Jerit Zafira yang dah tak tahu nak buat apa.

"Shhh. Janganlah jerit perlahan sangat. Abang tak dengar. Apa kata..." Sedang dia berjalan mendekati untuk menarik tangan Zafira, tiba-tiba seseorang datang menghampiri nya dan berkata sesuatu kepadanya.

"Hey brader. Tengah nak tackle awek ke? Kalau ya pun, carilah awek yang single lagi... Kalau gugur nanti anak aku dalam perut dia tu, siapa nak tanggung? Dahlah anak first tu..." Kata Ash. Zafira memandang lelaki itu. Tapi dia rasa pelik, apa yang lelaki tu cakap sampai bulat mata dan terangkat kening mat rempit tadi.

Terkejut mat-mat rempit sekalian. Yelah.  Awek ni nampak macam anak dara je kot! Ish ishhh.  Nasib baik tak try lagi haha. Ke dia saja tipu aku? Semua memandang ke arah perut Zafira. Nampak kempis je perut awek tu? Zafira yang perasan akan pandangan mereka pantas menutup perutnya sambil menjegilkan matanya.

'Pehal pulak ni? Dasar pervert!' Kata hati Zafira.

"Hey bro. Boleh percaya ke kau ni? Ke kau sebenarnya yang saja nak halang aku? Ke kau sebenarnya yang nak try dia? Hmm?" Katanya sambil tersenyum sinis kepada Ash.

"Ahahah. Kalau kau taknak percaya, terserah pada kau. Tengok barang yang dia pegang pun dah tahu lah bro... Mengidam. Kang kalau apa-apa jadi kat dia, aku saman kau, sia-sia je hidup. Tak berbaloi." Selamba Ash membalas sambil menjeling beg plastik barang-barang yang dibeli Zafira tadi. Banyak gila!

Lalu mat rempit itu berfikir sejenak. Hurm mungkin baru lagi kut kandungan dia? Kalau betullah apa yang lelaki ni cakap, naya dia nanti huhu. Dahlah anak sulung huhu mesti kaw-kaw punya jaga. Benar katanya, tak berbaloi. Dia masih nak hidup lama lagi. Tak puas hidup enjoy lagi.

'Uish bini orang rupanya... Malu siottt. Silap step aku ni cis!' Sempat lagi dia berkata-kata dalam hati.

Ash berharap dalam hati agar mamat-mamat tadi tu akan percaya dengan kata-katanya. Mula-mula dia rasa nak belasah je diorang tu. Tapi macam tak cool pulak hehe... Plus, tak gentlemanlah kalau kerja belasah orang je.

"Kaylah bro. Kitorang chow dululah. Sorry bro." Pamit mat rempit tadi. Kawan-kawan dia semua muka confuse lagi. Tak dapat terima hakikat awek cun depan ni rupanya bini orang. Rugi-rugi... Dahlah laki dia sado huhu. Nasib tak kena debik tadi.

Kira okaylah. Nak blah pun bagitahu dulu. Sopan santun gitu. Bertambah pelik Zafira melihatnya. Dah kenapa tiba-tiba jadi baik? Apa dah jadi?

-----------------------------

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now