xlviii | accept me

5.8K 523 113
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ People are like stained glass windows, they sparkle and shine when the sun is out, but when darkness sets in their true beauty is revealed only if there is a light from within ❞

"What are you trying to do?"

Buat kali kedua hari ini Ed menjerit, lagipun kalau tak jerit memang tak dengar langsung suara dia yang ditenggelami bunyi putaran bilah helikopter yang semakin kuat.

"Watch and see."

Apabila helikopter itu sudah berada cukup dekat dengan tingkap bilik, ia berhenti bergerak. Kami semua membisukan diri, ternanti-nantikan kejutan Curt.

Helikopter pertama, aku dapat lihat salah seorang penumpangnya melepaskan sesuatu ke bawah. Tetapi apa yang dilepaskan itu tidak jatuh ke tanah. Sebaliknya, ia tergantung.

"Special isn't it?"

Curt mengoyak senyuman manis kepadaku.

"Oh my Curt!"

Ucapku dalam kekaguman, walaupun juga sedikit malu kerana nama aku terpampang besar dan jelas di udara serta boleh dilihat ramai. Ya, memang banyak orang sudah berkerumun memerhati dari bawah sana.

"Woohhhh!!!"

Manakala mereka yang lain memberikan tepukan yang gemuruh kepada Curt seperti sedang menonton pertunjukan magik Chris Black.

Sehelai kain rentang atau lebih dikenali sebagai banner, berwarna merah yang panjang lagi besar dilepaskan dari atas helikopter pertama. Banner yang asalnya digulung itu terbuka menampakkan tulisan yang tercetak di atasnya. Pada banner itu tertera sebaris ayat yang simple amat.

WE LOVE YOU ALICE!

Banner yang seterusnya pula diturunkan dari helikopter kedua, yang tertulis,

HAPPY BIRTHDAY BEAUTIFUL!

-menyebabkan aku rasa terlebih bangga, tambah dengan segan kerana mendapat pujian yang berlebihan.

FROM CURT AUTRY

Ayat terakhir itu menggelikan hatiku. Ada jugak kredit nama dia ya. Curt memang tetap Curt.

Terserlah gah dua banner itu di ruang udara akademi, sekaligus menarik perhatian daripada semua pelajar yang sibuk berurusan untuk balik rumah. Gerenti cikgu-cikgu pun hairan semacam tengok.

"You're a bit too much Curt!"

Komplen Feliks. Ala tak nak ngaku kalah lah tu.

"Wek!"

Curt membalas aduannya dengan jeliran lidah, menambah minyak ke dalam api tidak puas hati Feliks. Mereka pun bertepuk tampar untuk seketika.

Kami semua ingatkan pertunjukan magik Curt sudah berakhir, namun rupa-rupanya acara penutupan baru sahaja bermula.

"Get ready guys."

Curt memberi amaran sambil memetik jarinya, berlagak seolah-olah ahli magik sebenar. Dan ketika saat jarinya dipetik, sesuatu yang hebat berlaku.

"Whoah!"

Hawkin yang berdiri paling dekat dengan tingkap, mula menjauhkan diri.

"Wahhh!!!"

Kami semua merjerit mengalahkan budak baru nak up masuk rumah hantu funfair pasang siap.

Bushhh!!

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now