xlv | five hundred euro

4.9K 515 90
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ The two hardest things to say in life are hello for the first time and goodbye for the last ❞

"So what have you learnt today?"

Suara wanita hampir mencecah menopause bernama Hilda bergema kuat di dalam kelas Grade 1 Tetris. Pandangan tajam diberikan kepada kami anak-anak muridnya.

"We learnt the right manners during dinner. And not only learning, we will also do it in our daily life."

Tanpa membazirkan masa walau sesaat, Livio dengan pantas menjawab soalan guru, tidak memberi sedikit pun peluang kepada orang lain. Tipikal Livio.

"Never disappointing, good one Mr. Grande!"

Hilda tersenyum kagum mendengar jawapan anak emas semua guru tu. Sementara kami yang agak terpinggir ni langsung tak hairan, apatah lagi give a f*ck. Mana tak nya, setiap kali cikgu tanya soalan takkan ada orang lain yang jawab kecuali seekor makhluk bernama Livio. Bosan aku tengok dia angkat bakul sendiri.

Setelah mendapat pujian yang dipuja-puja daripada cikgu, Livio menyikat rambut penuh bangga sambil mencampakkan pandangan "ko hade?" kepada seisi kelas dan kemudian dibalas dengan kecaman. Dasar manusia gila pujian, padan muka hengko.

"Okay that's all for today."

Jadi secara automatiknya, jawapan Livio tadi menjadi pelabuh tirai bagi kelas hari ini. Eh cepat betul kelas habis! Aku belajar apa tadi eh?

"Oh and, before I forgot..."

Aku tak tahulah budaya jenis apa cikgu-cikgu sekolah ni selalu amalkan, kalau nak buat pengumuman mesti selepas tamat subjek dan sebelum keluar dari pintu kelas. Memang adat turun-temurun ke cikgu?

"On behalf of Sir Garver, I suppose all of you already know that today is the last day of school for this semester, and this year?"

"What???!!!"

Bukan aku seorang je yang suka berdrama, malah satu kelas aku ni memang pakar dalam bidang over-reacting. Inilah yang kita namakan sebagai sehati sejiwa senada.

"Of course, your holiday is starting. You can return to your countries, and come back here before 3rd of January."

"YAHOO!!!!!"

Seolah-olah tiada keberadaan guru di dalam kelas, mereka pun mulalah terkinja-kinja, melompat sana sini sampai ada yang naik ke atas meja. Maklumlah kera-kera terlepas dari istana.

"What does the f*ck says?~"

Salah seorang daripada Putera Kera mengetuai tarian di atas meja bagaikan ia sebuah pentas, ala-ala sebuah konsert. Ha cer teka siapa, rasanya korang dah boleh agak dah.

"Ring ding ding ding ding ding ding!~"

Sukati koranglah asalkan korang bahagia aku pun bahagia semua orang bahagia. Nanti balik rumah mana diorang dapat menganjing macam tu lagi. Pembetulan, memonyet, tak pun mengera.

Oh ya bercakap fasal balik ke rumah...

"Haih.."

Keluhan kecil aku lepaskan sambil mengawal PHD (Perasaan Hasad Dengki) terhadap rakan sekelas yang sedang bersuka ria. Nampaknya aku tak ada pilihan selain tinggal di sekolah selama 2 minggu yang bakal menjadi sangat sunyi ini. Aku hanya mampu menumpang kegembiraan mereka dari kejauhan. Hmm untunglah *tahan diri daripada meraung kesedihan*.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now