xxxiii | the seductive librarian

5.6K 530 54
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ When you absolutely positively have to know, ask a librarian ❞

Alice melangkah laju, hentakan kaki bergema kuat di dalam Library Of Wisdom sekaligus menganggu bebudak nerd yang sedang fokus bermeditasi. Perasaan jengkelnya terhadap Curt semakin membara. Apatah lagi apabila Curt tidak berhenti mengejarnya.

"Alice, wait!"

"Go away!"

Tengking Alice tanpa menghiraukan orang di sekeliling yang asyik memerhati.

"Korang apahal tengok-tengok ha? Kang aku cucuk mata korang baru tau!"

Sempat Alice melepas geram kepada mangsa yang tidak bersalah, namun tidak ada seorang pun antara mereka yang faham. Hmm kalau kau tak buat bising takdelah mereka tengok kau semacam, Alice.

Sebenarnya, Alice tidak menyimpan perasaan benci terhadap Curt, cuma dia sudah naik bosan dengan sikap Curt yang sangat suka mengorat tidak mengira masa dan tempat. Contoh paling mudah, setiap kali waktu rehat pasti akan kedengaran suara Curt bertelefon dengan awek-awek dia di luar kelas. Lain hari lain perempuan dia call tau, ha ko hade?

Alice juga seorang perempuan. Oleh kerana dia juga memahami perasaan para remaja, dia bersimpati terhadap gadis-gadis yang dipermainkan oleh Curt. Dalam diam, Alice sering berharap agar suatu hari nanti Curt akan berubah sikap.

"Why are you being so cold?"

"Because of you!"

"Why because of me?"

Suasana di dalam perpustakaan menjadi riuh-rendah dengan suara mereka berdua. Rasanya model planet yang tengah baik-baik tergantung kat siling itu pun akan jatuh kalau mereka berterusan begini.

"You won't understand! You are not girl!"

Curt boleh memenangi hati para gadis dengan kata-kata manisnya, tetapi dia sampai bila-bila pun dia tidak akan memahami perasaan mereka, kerana apa yang dia tahu buat hanyalah bermain dengan perasaan wanita. Edward pernah menasihatinya agar berubah, tetapi Curt Autry yang berkepala batu tu memang tak akan pernah ambil pusing. Dia langsung tidak sensitif akan perasaan insan lain, kerana suatu ketika dahulu hatinya pernah diiris dengan sembilu dan masih belum sembuh sehingga kini. Baginya, perempuan tak ubah seperti lampin bayi yang boleh dipakai buang.

"Do you even know where you are going?"

Alice mengabaikan soalan Curt. Sejujurnya dia juga tidak tahu dia sedang menuju ke mana. Janji dia dapat melarikan diri daripadanya.

Setelah sekian lama berlari berkejaran seindah bunga di taman sehingga ke tingkat dua, Alice mulai letih. Dia tahu sejauh mana dia pergi, Curt tetap akan ikut. Semangat ke-ngorat-an Curt lebih tinggi daripada kadar penghasilan asid laktik di dalam badannya.

Jadi dia berhenti di salah sebuah meja marmar lalu meletakkan begnya di atas sofa yang seempuk tilam di rumahnya. Curt menghembus nafas lega apabila melihat Alice tidak lagi menjauhkan diri daripadanya.

But not so fast, boy.

Tidak mahu membuang masa lagi, Alice terus bergerak ke kawasan almari buku yang menempatkan segunung ilmu pengetahuan yang menantikan kedatangan sesiapa sahaja yang mahu menuntutnya. Antaranya Alice. Tetapi tujuannya ke sini hari ini bukanlah untuk mencari buku rujukan. Kau cari apa sebenarnya Alice?

"Aren't you tire-"

Tanpa mengendahkan Curt yang baru sahaja hendak membuka bicara, Alice walks away like Rihanna.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now