xii | the se-dad-deh

10.2K 723 58
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

When one door of happiness closes, another opens

Aduh!

Baru gerak sikit saja sudah terasa kesakitan merebak ke seluruh badan. Tubuhku berasa sangat tersangat teramat terlalu lenguh. Terutamanya pada bahagian punggung. Sakitnya seolah punggungku telah kehilangan segala lemak.

Dan aku rasa aku tahu kenapa.

Semua ini pasti gara-gara aku terlalu syok menari tasi sampaikan tak ingat dunia akhirat. Tapi aku okey lagi kalai nak dibandingkan dengan Samuel yang ekstrem sangat menari sampai jatuh pengsan. Lagi kesian aku tengok Feliks dan Curt yang bersusah-payah angkat dia ke klinik yang terletak di bangunan pentadbiran sana. Paling sadis ialah setibanya mereka di klinik, Samuel terus tersedar dan boleh pula buat muka seposen macam dia tak susahkan sesiapa. Mungkin menyusahkan orang lain sudah menjadi perkara biasa bagi dia.

Aku bukan nak berburuk sangka, tapi aku ada firasat yang dia sengaja berlakon pengsan sebab nak CPR dari Feliks. Dan nasib baik Feliks tak jatuhkan maruah dengan memuaskan nafsu songsang Samuel.

Baiklah, mari kita lupakan kisah sedih ringkas ini dan berbalik kepada cerita aku.

Aku mengkombinasikan nombor pada mangga kepada nombor kegemaranku iaitu 707. Pintu loker aku buka luas lalu mencapai telefon yang diletakkan pada tingkat kedua loker tersebut.

Call me a coward, tapi memang aku tak berani bawa telefon masuk ke dalam kelas kerana aku sayang 'nyawa' aku ini lebih daripada segalanya. Tak berbaloi bawa telefon ke kelas kalau akhirnya kena rampas oleh Madam Hilda.

Aku mengorak langkah berlalu dari kawasan tempat letak loker. Seperti biasa, telingaku disumbat dengan earphone. Aplikasi Spotify dilancarkan dan sebuah lagu anime bermain secara spontan. Hikarunara. Kalau kau otaku, kau tahulah.

Beberapa patah perkataan Jepun kudengar terus mengingatkan aku kepada Kazuto. Seorang putera yang agak anti-sosial tetapi pada yang sama, suka bergaul kalau dibawa menari. Jika dilarang pantang larang pergaulan dengannya, alamatnya ke lantailah tujunya punggung kau. Perlakuannya menimbulkan pelbagai persoalan yang barangkali saintis teragung seperti Isaac Newton juga tidak mampu jawab.

Rasanya dia tergolong dalam jenis manusia yang berubah tingkah laku apabila buka atau pasang cermin mata. Tetapi tidakkah itu karut? Ini reality, bukan anime. Dan ini fiksyen, bukan realiti. Jadi... okey aku tak tahu.

Atau mungkin Kazuto ada masalah dalam percakapan dan pergaulan yang menyebabkan dia sukar untuk berinteraksi dengan orang lain? Oh, bingo!

Pernah juga aku dengar fasal masalah sebegini tetapi aku sendiri tak pasti sama ada ini sejenis penyakit atau you know... some kind of 'benda' lain. Seingat aku, simptom penghidap penyakit ini ialah mereka menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan orang lain apatah lagi ikut serta dalam sesebuah perbualan.

Selain itu, mereka akan jadi cemas tak tentu fasal atau bagi kes yang lebih parah, mereka diserang panik apabila berada dalam situasi yang memerlukan kemahiran bersosial. Bila diingatkan balik, memang sudah berkali-kali aku tengok Kazuto mengalami sesak nafas yang adakalanya terlalu kronik sampaikan aku juga bingung melihatnya.

Telefon yang masih dalam tangan, lantas aku gunakan untuk meng-Google lebih lanjut berkaitan hal ini. Semangat inkuiri aku boleh dikategorikan tinggi jadi aku tak dapat elak daripada tak nak tahu.

Akademi DiRaja GrantéOnde histórias criam vida. Descubra agora