ii | only what?

17.6K 1.1K 168
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ The best and most beautiful
things in the world cannot
be seen or even touched -
they must be felt with the heart ❞

Nafas yang terasa semakin sesak tidak aku hiraukan. Kakiku terus melangkah pantas, tak ubah seperti mengejar masa yang telah jauh meninggalkan aku yang terlajak tidur selama hampir 15 jam.

Ya betul, lima belas jam.

"Bagus Alice, bagus sangat! Lain kali jangan set alarm sebelum tidur lagi ya?"

Punyalah nyenyak aku tidur dari petang hingga pagi sampaikan langsung tidak tahu-menahu akan segala apa yang berlaku malam tadi. Rasanya pelajar-pelajar lain tengah seronok berkenalan dengan satu sama lain sementara aku syok berdengkur.

Tetapi tiada sebab untuk aku menyesal kerana aku yakin lagi pasti, aku tidak terlepas apa-apa yang menarik pun dalam majlis makan malam tersebut.

"Setakat makan dan minum camtu pun aku boleh buatlah. Masak je maggi, beli air mineral. Siap."

Tetapi mungkin juga, jauh di dalam lubuk hatiku, wujud secebis rasa cemburu yang sejujurnya aku tidak mahu percaya.

"Ah, aku tak kesah pun!

Malas hendak berfikir banyak tentang majlis tersebut, aku mula berlari anak menyelusuri laluan yang sudah pun lengang, bermaksud semua orang dah masuk ke kelas masing-masing. Mesti hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih sesat di luar bangunan sekarang ini.

Dan sedang aku pantas berlari, tiba-tiba kaki kananku terasa ringan daripada biasa. Aku terus menunduk dan melihat...

"Apahal mesti sekarang jugak kau nak tanggal hah?!"

Aku berpatah balik beberapa tapak ke belakang lalu mengutip semula kasut yang telah pun tertanggal dari kaki. Melihat sebelah lagi sepatu hitam yang masih terpasang longgar pada kaki, aku tidak berfikir lama sebelum membukanya juga. Walaupun memang salah aku sebab ikat tak ketat-ketat pagi tadi, aku tetap menyimpan dendam terhadap kasut ini.

Dengan itu, aku meneruskan perjalanan ke destinasi dengan hanya bersarungkan stoking. Terpaksalah aku bertahan berpijak di atas daun-daun kering yang aku tak sangka rupa-rupanya tajam ini.

Inilah hidup aku yang tak pernah aman. Baru hari pertama dah buat hal. Petanda baik sungguh.

Sesekali aku tilik jam di tangan yang menunjukkan pukul 7.55 pagi. Berdasarkan jadual waktu yang aku dapat semalam, kelas akan bermula tepat jam 8. Dengan berbakikan 5 minit ini, sampai atau tidak aku di kelas tepat pada masanya kekal sebagai sesuatu yang tidak pasti.

Selain isu masa, masalah kedua yang tengah aku hadapi sekarang ialah bangunan akademik yang menempatkan kelas aku masih jauh lagi. Maklumlah, asrama perempuan terletak jauh di dalam ceruk paling terceruk dalam akademi ini dengan alasan, makhluk bernama wanita ini perlu mendapat perlindungan ekstra.

Masalah terakhir pula merupakan salah pihak pengurusan yang boleh dikatakan agak try hard untuk mereka fesyen pakaian seragam akademi sehingga menjadi sangat rumis dan merimaskan.

Baik, sini aku terangkan.

Lapisan paling dalam ialah baju berkolar tanpa lengan berwarna putih diikuti lapisan kedua iaitu blazer maroon yang seolah-olah memasak tubuh badanku meskipun sekarang musim luruh. Selepas itu, kami dikehendaki memakai seluar ketat paras peha di bahagian dalam diikuti skirt satin hitam paras lutut di bahagian luar. Sekurang-kurangnya skirt lembut ini seronok dikibar kalau-kalau aku rasa bosan.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now