x | the four-eyed

10.9K 751 40
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

The only true wisdom is in knowing you know nothing

Kring! Kring!

Bunyi itu menandakan tamatnya masa untuk bersuka ria bagi kami. Ayam gorengku yang lebih sedap berbanding KFC hanya tinggal tulang. Isinya habis licin aku bedal. Tetapi bak kata ustazah tak bertauliah di kelas lama aku, membazir itu amalan syaitan. Aku tidak mahu disamatarafkan dengan makhluk terkutuk tersebut. Jadi tulang itu pun aku telan sekali.

"Alice!!! What are you dreaming about?"

Tepat ketika separuh daripada tulang ayam sudah berada dalam mulutku, sergahan tersebut menyebabkan aku terludahnya keluar semula. Nasib baik aku ludah, sebab kalau tidak pasti aku akan tercekik apabila melihat wajah Hawkin yang terpampang betul-betul di hadapan mataku. Sengaja dia dekatkan denganku untuk cari masalah. Matanya yang biru dibeliakkan sebesar planet Pluto, jika Pluto itu sebuah planetlah.

Budak ini memang sengaja cari nahas!

Alang-alang sudah dekat sangat ini, mana aku tak nak ambil kesempatan untuk kenakan dia. Ini satu peluang keemasan! Kepala aku tarik jauh ke belakang sebelum kemudiannya dihayun selaju mungkin ke hadapan.

Bammm!

"Owww!"

"Adoi!"

Serentak kami terjerit. Akibat hentaman yang kuat ibarat letupan bom atom itu, aku menggosok-gosok dahi seraya tersenyum sinis.

"Jeez, that hurts!"

Hawkin asyik menyentuh bahagian kepala yang menerima hentakan tadi. Takut-takut berdarah mungkin. Aku juga berbuat sama tetapi mujurlah selamat sejahtera.

"I'm hurt too!"

Barangkali inilah apa yang orang kata, saling menyakiti antara satu sama lain.

"You're so mean!"

Dia mencebikkan bibir. Comel bagi korang tetapi jijik bagi aku.

"Well, consider that as a revenge for what you did."

Ujarku dengan keriakan yang menggunung. Sebelah kakiku berpijak di atas meja kafeteria dengan tangan tak henti-henti memijak rambut seolah-olah berjaya mendaki puncak tertinggi dunia.

Sebelum korang buruk sangka, aku mahu tegaskan bahawa aku bukan gila. Sebenarnya sejak berkawan dengan Hawkin, perbuatan sebegini sudah menjadi perkara biasa bagi kami berdua. Lebih-lebih lagi pada penghujung waktu rehat apabila kafeteria lengang macam ini. Ada-ada saja kerja gila kami buat.

"What do I did?"

Aku menunduk ke ke bawah, ke arah dia yang berdiri di atas lantai, lalu tersenyum. Hanya aku sahaja yang tahu makna di sebalik senyuman itu.

"Hmph! Whatever it is Alice."

Hawkin menggeleng-gelengkan kepala dengan tangannya disilingkan memeluk tubuh. Kedengaran sayup bebelannya yang bertali-arus sehinggakan aku terfikir dia tidak akan berhenti. Terkekek geli hati aku melayan kerenah budak Amerika seorang ini.

"Alahai."

Aku melompat turun dari kerusi. Ayam goreng yang masih berbakikan urat-urat serta tulang rawan aku balut dengan tisu. Bukannya aku simpan untuk dimakan lagi. Niat di hatu mahu sedekahkan tulang ayam ini kepada mana-mana haiwan terbiar di luar sana. Anjing ke anjay ke.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now