xiv | all i can do is watch

9K 699 63
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Part of me aches at the thought of her being so close yet
so untouchable ❞

Dedaun luruh yang jatuh berguguran di atas kepala, langsung tidak dipedulikan oleh Alice. Duduk diam dia di atas bangku sambil memeluk lututnya sendiri. Mindanya ligat memikirkan tentang gambar kahwin ibu bapanya yang hampir seminggu menghantui dirinya. Sama seperti Katie, ayahnya mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan Alice.

"A-album mana ni? Ayah tak tau apa-apa pun."

Tetapi sekurang-kurangnya Hendry sempat bertanyakan khabar Alice, tidak seperti ibunya yang terus mematikan talian sedangkan Alice belum habis cakap lagi. Now we know where her reckless trait comes from.

"Here!!!"

Jeritan Feliks begitu kuat sampaikan bangku tempat Alice duduk juga bergegar dibuatnya. Terhinjut bahu Alice mendengar jeritan Feliks. Mana nak tak terkejut, malah kelawar yang pekak itu pun boleh dengar kot.

Daun-daun oren yang sudah berkumpul di atas rambut dia tepis dengan tangan sebelum perhatiannya beralih kepada rakan-rakan yang begitu lincah mengelecek bola. Maklumlah semua tak nak lepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam bermain bola.

Dan pssttt ini rahsia tau, sebenarnya mereka semua mahu mengagumkan Alice. Tetapi malangnya dalam keadaan sekarang ini, gadis tersebut sedikit pun tidak mempedulikan mereka. Barangkali jika ada yang jatuh pengsan sekalipun, dia tak akan endah.

"Ed!!!!"

Mendengar teriakan Hawkin, Edward terus berpaling lalu menendang bola tepat ke arahnya. Sepantas kilat Ed berlari membawa bola sehingga tiada sesiapa mampu mengejarnya. Alice yang hanya memerhati dari jauh, turut terhibur dengan gelagat rakan sekelasnya yang terpekik terlolong sana sini bagaikan sedang bermain dalam FIFA World Cup.

Dah namanya bola kan? Tak kira siapa dan mana, hampir semua lelaki di dunia ini tetap suka. A sport that unites all.

Kalau diikutkan hati, Alice ingin sangat nak bermain bersama dengan mereka walaupun dia sendiri kaki bangku orangnya. Biarlah jadi bahan ketawa, asalkan hati dia gembira. Bukan kerana mahu menjaga sifat keperempuanan dia tidak bermain sekali. Itu tidak penting sama sekali baginya.

Aku kasar ke sopan ke, tetap ada orang judge so what's the point? Baik aku lantak je.

Cuma sebabnya sekarang, takkanlah seorang perempuan nak main sekali dengan beberapa orang lelaki kan? Tak ke pelik tu? Lain pula jadinya nanti.

Err by the way, diorang tu tak sedar ke dunia ke?

Tidak dapat dinafikan, pelajar Grade 1 Tetris seakan sedang berpesta di tengah-tengah padang. Sudahlah tak pakai kasut, selamba sahaja mereka tak berbaju. Semua nak tunjuk six-pack yang sememangnya mereka usahakan. Namun yang kelihatan hasilnya hanyalah six-pack milik Edward dan Livio.

Dengan muka selamba Alice menghayati tatapan yang muncul di depan mata. Setiap lengkuk dan puncak matanya ratah sepuas hati. Tidak dia sedari air liur sudah meleleh dari celah bibirnya.

Eh, apa kau buat ni Alice!

Cepat-cepat dia lap cecair yang mengalir di dagunya. Mujur tidak kenampakan oleh sesiapa.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now