xxiii | our first assembly

7.8K 599 53
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ What the mind of man can conceive and believe, the mind of man can achieve ❞

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah hampir dua bulan aku menuntut ilmu yang pelik-pelik belaka di sini, di Akademi DiRaja Granté. Belajar tanam dan petik herba, belajar sebut "Hello" dalam lebih dari 20 bahasa, belajar cara ramal saham, belajar budaya makan dari mangkuk tandas semasa majlis kahwin di Perancis, dan macam-macam lagi benda yang aku takkan jumpa di sekolah biasa.

Namun sepanjang tempoh itu, inilah julung kalinya seluruh warga sekolah berhimpun di Harmonia Auditorium. Biasanya minggu pertama persekolahan mesti ada perhimpunan, ini tak bulan kedua baru ada aneh aneh.

Setiap pelajar disediakan dengan sebuah kerusi yang tersusun mengikut barisan kelas dan juga diasingkan mengikut jantina. Jawabnya, aku ditempatkan seorang diri berasingan dari rakan sekelasku. Sadis tau aku duduk sorang-sorang, dahlah terpinggir di sebelah kiri dewan.

Tetapi walau betapa jauh pun jarak antara kami, dari segi kedudukannya mereka tetap berada di sebelah aku. Dengan kata lain, betul-betul satu meter di sebelahku.

Kalaulah tidak ada cikgu di atas pentas itu memerhatikan kami, nak je aku menyelinap masuk ke dalam barisan lelaki. Ingat best ke duduk seorang diri? Tapi masuk barisan kelas aku jelah. Memang taklah aku masuk ke dalam barisan kelas lain yang tak ada bezanya dengan masuk ke dalam kandang buaya tak makan 10 bulan. Mata-mata yang kelaparan dengan air liur yang meleleh itu, seram!

Aku menoleh ke kiri kanan depan belakang atas bawah, dalam satu perkataan dipanggil "sekeliling". Sebelah kiri aku kosong, tiada sesiapa pun di sana. Yang ada hanyalah kerusi-kerusi tak berpenghuni. Lebih kepada tempat duduk sebenarnya sebab kerusi di sini bukan kerusi plastik, tetapi kerusi macam dalam pawagam.

Sebelah kanan aku pula, lautan manusia. Bermacam-macam warna dan saiz yang merupakan keunikan sekolah ini. Meskipun banyak perbezaan antara satu sama lain, semuanya kemas mengenakan seragam maroon akademi.

Dan yang dipisahkan dengan aku oleh sebuah laluan ialah Feliks yang tak henti-henti bercakap dengan budak kelas sebelah. Samuel yang duduk di hadapannya sudah tertidur. Di belakang Feliks, Edward dengan wajah 'sudah-sudahlah tu kau nak aku jahit mulut kau ke?'. Aku kagum dengan kesabaran Ed. Dan di belakang Ed pula, Curt yang juga telah berlayar ke alam mimpi.

Oh ya!

"Psst!!"

Wow, tajamnya telinga Edward! Bising-bising seperti Central Park Zoo ni pun dia masih dapat dengar lagi. Tak macam aku, baru 15 tahun dah bengal sebab selalu sangat pakai earphone.

"Ed, why did you slept outside last time?"

Edward mengerutkan kening, jelas menunjukkan kekejutannya yang teramat. Wajah yang biasanya tidak menunjukkan sebarang reaksi itu, sekarang kelihatan sangat blur.

"Hah? When? Outside? Where?"

"Yeah, last Wednesday."

"I woke up in bed."

Katanya sebelum mendongak untuk melihat apa entah, mungkin memorinya sedang ditayangkan di siling kot.

"Ohhh!!"

Edward hampir terjerit lantas menekup mulutnya sendiri. Kami berdua memandang sekeliling.

Nasib baik tiada sesiapa yang terdengar. Masing-masing sibuk 'menghayati' ucapan daripada Tuan Pengetua, Mr. Adam. Entah apalah yang dia merepek dekat depan tu.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now