vii | the jock

12.8K 892 92
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

I don't run to add days to my life, I run to add life to my days ❞

Dengan earphone yang masih terpasang, badan aku sandarkan pada bangku sambil mengeluh lemah. Terasa nikmatnya apabila udara segar yang mengisi ruang taman ini aku sedut sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan.

Heart beats fasts, colors and promises ~

Mata aku pejam rapat. Keletihan hasil larian tadi masih lagi berbaki. Mungkin riadah yang aku cuba lakukan ini terlalu drastik untuk seseorang yang tidak suka bersenam.

How to be brave? ~

Suara merdu milik Christina Perri menjadi halwa telingaku. Lagu yang berusia sudah hampir sepuluh ini tetap menjadi kegemaranku. Meskipun lama, kita masih juga mendengarnya. Sama seperti seorang ibu, meskipun tua, kita masih mendengar nasihatnya.

How can I love when I'm afraid to fall? ~

"Alice?"

Terbuka luas mataku tatkala mendengar satu sapaan yang menyedarkan aku dari lamunan. Lantas aku menoleh ke arah suara datangnya itu.

But watching you stand alone ~

"Princ-eh, I mean... Edward!"

Edward berdiri di situ, di bawah teduhan pohon mapel, hanya disinari beberapa tompokan kecil cahaya mentari yang berjaya membolosi celahan daun. Betul-betul di sebelah bangku tempat aku duduk, dia memandangku tak berkelip.

All of my doubts suddenly goes away somehow ~

"It's Ed."

Ujarnya pendek membuatkan aku yakin yang dia memang tak suka bazirkan tenaga untuk bercakap.

"Err okey, Ed."

One step closer ~

Tanpa dipelawa, dia terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku mengengsot sedikit untuk memberinya ruang, dan juga untuk menambahkan jarak antara kami. Earphone aku tanggalkan dari telinga lalu disumbat ke dalam kocek seluar.

"What a coincidence."

Teragak-agak aku cuba mulakan perbualan. Ed kekal statik dengan kedua-dua tangan disimpan di dalam poket jaketnya. Air mukanya tampak begitu tenang, setenang air tasik di hadapan kami ini.

"Yeah..."

Memang sah dia tak nak letihkan mulut. Walaupun begitu, apa yang ironinya ialah Edward merupakan orang pertama menegur aku di sekolah ini padahal dia sebenarnya seorang yang tidak banyak bercakap.

Keadaan sunyi buat seketika dengan hanya kicauan burung serta kocakan air tasik yang sekali-sekala kedengaran menghidupkan suasana taman ini. Hairan mengapa dia terlalu diam sejak tadi, aku cuba mengintai gerak-gerinya dari hujung mata.

Sesekali air minuman yang dia bawa bersama diteguk perlahan. Jaket sukan berwarna merah dia kenakan dengan seluar treksut panjang. Berdasarkan pemerhatian aku, dia mungkin baru pulang berjoging atau baru habis berjoging atau sedang berjoging dan hanya singgah duduk untuk berehat sebentar.

"Whatcha doin' here?"

Dia membuka bicara dengan matanya masih tertancap ke hadapan seakan merenung sesuatu yang nun jauh di sana. Oleh kerana ia langsung tidak diminyakkan, rambut depannya turut terangkat setiap kali angin bertiup sekaligus menampakkan dahinya yang licin. Dari pandangan tepi ini, terserlah jelas kemancungan hidungnya.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now