xxii | you are not a bad guy

7.6K 656 47
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ I'm selfish, impatient and
a little insecure ❞

Selama hampir sejam Livio berada di sini tolong temankan aku, tak ubah macam menjaga orang sakit di hospital. Lagipun memang aku dikira sebagai pesakit pun sekarang kan?

Sekejap dia pergi ambilkan ubat, sekejap dia tolong ambilkan air. Selepas itu dia akan duduk balik di atas lantai bilik bersebelahan katilku, sambil membaca buku novel yang dia bawa bersama. Kadang-kadang sempat melayan telefon juga.

Okay, sejujurnya aku sangat terharu kerana Livio Grande yang terkenal dengan keegoannya, sudi membazirkan masanya yang lebih bernilai daripada lukisan Mona Fendi di sini, di bilikku. Jap betul ke Mona Fendi? Ah lantak!

Dalam tempoh 60 minit ini, macam-macam perkara lebih berfaedah dia boleh buat sebenarnya. Berbanding menjaga aku, yang sudah dewasa dan pandai jaga diri sendiri dan tidak lain tidak bukan, orang kebanyakan ini.

Aku yang bosan, duduk separa baring di atas katil tanpa berbuat apa-apa. Kesempatan untuk hiburkan diri ini aku ambil dengan memerhati setiap gerak-geri Livio. Pada masa yang sama cuci mata juga hehe.

Dia pula jarang berbicara. Fokus sangat pada buku yang sedang dibacanya, yang bertajuk My Sweet Husband.

Pfft!

Dengan sedaya upaya aku cuba menahan tawa. Budak dingin dan batu macam ais ini pun baca buku jiwang karat jugak ke? Seorang lelaki yang sentiasa jaga penampilan diri serta tampil sempurna di khalayak ramai ini layan buku yang hanya disukai oleh gadis dengan daya imaginasi terlebih tinggi terutamanya yang single suka baca?

Mata Livio langsung tidak beralih dari 'kitab'nya, syok benar baca buku itu. Aku pula sebaliknya, paling tak pun baca buku pyschopath potong kepala kawan sendiri dan manusia berkuasa paranormal keluaran Fixi. Buku Dr. Beta Female aku tak pernah sentuh pun. Haram sama sekali.

Tiba-tiba, matanya yang asyik tertancap pada buku melirik ke arahku. Dan kebetulan pula, aku pun tengah asyik perhatikan dia.

Dupp! Dupp!

Livio bertindak cepat dengan terus memandang ke arah lain, iaitu ke arah My Sweet Husband dan membacanya semula.

Aku menggelabah saat debaran itu datang menerkam. Kali terakhir aku rasa begini adalah ketika aku lalu di sebelah ex-crush a.k.a. boyfren Hanie, beberapa bulan lepas. Berusaha aku berlagak macam tak pernah ter-tengok Livio. Entah-entah dah kantoi, mengalah jelah Alice.

Lalu suasana pun kembali menyepi.

Kriukk!~

Bunyi itu memecahkan kesunyian, membuatkan Livio yang teramat fokus tadi terus menoleh. Aku buat-buat tak tahu, cuba nak cover line yang tak dapat dicover.

Dan kali ini giliran dia menahan ketawa, tetapi dia berjaya maintain ketegangan pada wajahnya. Tak boleh ke tinggalkan ke-cool-an dia tu sekurang-kurangnya sesaat?

"Have you eaten?"

Soalan itu diajukan kepadaku.

"Urm, no. Hehe."

Nampaknya memang dah uncover ni. Agak-agaklah nak sembunyikan, Alice. Ingat ramai sangat ke manusia di dalam bilik ni untuk teka perut siapa yang berbunyi?

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now