xi | dance fiesta

10.5K 802 24
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Music gives a soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination and life to everything ❞

"Hey."

Langkah demi langkah aku bawa menghampirinya.

"Wh-what?!"

Wajahnya nampak cemas apabila aku semakin mendekati. Sampai satu jarak tertentu, Kazuto terundur ke belakang bagaikan tidak berdaya lagi untuk berdiri.

"Stay away!"

Tapakanku terhenti apabila dia mulai menggila, menumbuk dan menampar angin seperti orang hilang pedoman.

"What do you want from me?!"

Tempiknya kasar.

"Your time."

Tetap tenang aku menjawabnya.

"I don't have any time."

"You are giving me some time."

"Shut up."

Dia mengelak pandanganku. Entah sudah berapa kali dia mengatur kaca matanya, aku juga hilang kiraan.

"You don't seem to have a partner."

"I don't want to."

"You need to.

Kazuto menjelingku tajam dari balik cermin mata yang setiap kali terturun ke batang hidung, terus dia naikkan semula. Tajam jelingannya seakan membawa angin dingin bersama, membelai-belai tengkuk dengan cara yang tidak baik.

"Listen-"

"Go!!!"

Jeritnya tanpa membiarkan aku habis berkata-kata. Aku terkesima untuk seketika. Suaranya yang ditinggikan seoktaf masih lagi bergema dalam fikiran, sekaligus menenggelamkan muzik yang bermain indah di latar belakang.

Tidak bergerak walau seinci, aku berdiri tegak di hadapannya. Lama aku perhati gerak-gerinya yang begitu gelisah, dengan matanya sesekali membalas pandanganku. Ketakutan ialah apa yang aku nampak setiap kali bertentang mata dengannya.

Kami kekal kaku sebegitu sehinggalah tibanya suatu ketika yang aku rasakan paling tepat untuk bertindak.

Dengan sepantas kilat aku merentap tangannya untuk disatukan dengan milikku. Ya, sampai situ aku berjaya. Tetapi selepas itu, segalanya berlaku terlalu pantas dan lima deriaku cuma dapat mengesan aduhan, pergelutan, dan kesakitan sebelum tubuhku mendarat di atas sesuatu yang agak keras.

"KIRIGAWA!!!"

Tahu-tahu sahaja, aku sudah terbaring di atas lantai marmar bilik ini semasa suara itu menerjah kuat ke dalam minda separa sedarku. Terasa kesejukannya mencengkam setiap inci kulitku yang bersentuhan terus dengannya. Aku tidak pasti berapa saat aku ambil untuk merenung siling yang bermuralkan sekumpulan bayi bersayap, barulah aku menoleh ke arah datangnya suara tadi.

Kelihatan Mr Michael berkawad ke arah kami sambil bercekak pinggang bersama beberapa orang pelajar lain membontoti di belakangnya. Masing-masing melihat sini dengan pandangan yang sarat dengan kerisauan.

"Does dancing means the end of the world to you, Monsieur Kirigawa?!"

Kazuto yang sedang dibebel menundukkan kepalanya sementara aku hanya memerhati tanpa secebis perasaan. Bukannya aku tak berperasaan, tetapi masalahnya sekarang, apa yang sebenarnya terjadi?

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now