xv | death kick and its impact

8.5K 739 84
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God,
which is why we call it the present ❞

"ALICE!!!!!"

Seluruh warga kelas Grade 1 Tetris berteriak kuat sehingga menggegarkan segenap padang bola.

"Oh my goodness!"

Samuel turut mencampakkan pompomnya ke tepi sambil melompat turun dari bangku.

"Woa... quoi?"

Gumam Curt yang tergamam melihat apa yang baru sahaja berlaku betul-betul di sebelahnya. Berapa senti sahaja jarak antara dia dan Alife tetapi mengapa mesti si gadis malang itu yang kena? Tetrises yang sedari tadi begitu asyik bermain bola terus meninggalkan perlawanan lalu meluru ke arah Alice.

Alice pula...

Kisahnya sangat tragis.

"Alice, are you okay??!!"

Alice yang sebenarnya elok-elok sahaja duduk di atas bangku, sudah terjatuh ke belakang dengan keadaan kepala di atas tanah dan kaki pula berada di atas bangku.

Sadis bukan?

Dia memegang wajah dengan kedua-dua tapak tangan. Bukan kerana menanggung malu, tetapi kerana menahan kesakitan. Si mangsa masih lagi tidak membicarakan apa-apa. Barangkali tidak dapat menangkap apa yang sedang berlaku, atau sudah hilang kesedaran diri, atau mungkin... mati?

Edward bertindak pantas dengan mengangkat tubuh Alice dan membetulkan posisinya yang sememangnya agak memalukan. Namun, tiada seorang pun antara mereka yang sanggup ketawa.
Walaupun sejujurnya, ia amat melucukan.

Tanpa berlengah lagi, Feliks pergi mendapatkan air minuman untuk Alice. Bukan main tak nak lepaskan peluang untuk menjadi hero.

Mereka semua bimbang akan keadaan Alice yang sejak tadi masih lagi menutup wajahnya. Perbezaan antara wajahnya yang putih melepak dengan yang kini kemerahan begitu ketara. Kalau muka dia merah sebab blushing tidak apa, tetapi ini disebabkan kecederaan!

Dalam keadaan teragak-agak, Curt menyentuh lembut tangan Alice. Dengan perlahan dia cuba mengalihkan tangannya yang masih melekat pada muka. Semua orang mendiamkan diri, masing-masing terlalu berdebar untuk bercakap.

"Mon dieu..."

Gumam Curt dengan mata yang terbeliak melihat keadaan wajah Alice. Samuel dengan penuh emosinya menutup mulut. Dan yang lain pula...

"A-ALICE!!!!!"

Sekali lagi suasana menjadi haru-biru macam hari nak kiamat.

"Where the heck is Mr Robin?!"

"How the heck do I know?! Hey where the hell is that old man?!"

"SCREW IT, THIS IS EMERGENCY!!!"

Muka Alice, merangkumi hidung, mata, dahi, dagu dan mulut, sudah mula membengkak dan dikotori dengan rumput yang basah beserta tanah lumpur dari bola. Ikatan rambutnya sudah terlepas sekaligus melenyapkan kekemasannya yang selama ini Alice jaga sebaik-baiknya. Kemerahan pada wajahnya luar biasa. Terutamanya di bahagian hidung.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now