xli | my thanks

5K 573 71
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Every life is a story, thank you for being a part of my story ❞

"Are you done?"

Setiap kali ayat itu berkumandang, setiap kali itulah pintu diketuk.

"Not yet!"

Alice menyahut kuat dari dalam bilik sebelum,

Skrett!

"Oi oi oi you pervert!"

Pantas kaki Alice menahan pintu daripada terus terbuka dengan lebih luas.

Bukk!

Nasib baik pintu bilik persalinan selamat ditutup. Kalau boleh Alice mahu kunci pintu bilik itu dari dalam tapi entah tangan durjana manalah yang rosakkan tombol pintu. Bahkan lubang kuncinya pun sudah dibentukkan menjadi ular.

Wei, salah tempat korang tunjuk bakat seni ni.

Walaupun pengguna bilik persalinan perempuan tersebut hanyalah Alice seorang, kerosakan di dalam bilik ini mengalahkan keadaan tandas lelaki sekolah korang.

Aku rasa mesti mak cik cleaner yang rosakkan. Ni konfem kes rumah berpintu tapi tak bertombol. Jadi dia curi tombol dari sini. Wah hebatnya deduksi aku!

"Perv perv perv!"

Teriak Alice dengan nada yang sedikit sebak. Eh takkan dah nangis pulak?

"Then faster!"

Terkial-kial Alice memakaikan seluar treksutnya. Fokusnya terbahagi kepada dua, satu pada proses memakai pakaian dan satu lagi pada pintu. Bimbang Livio boleh membuka pintu itu pada bila-bila masa sahaja.

Skrett!

Kedua-dua tangannya bekerja keras memasang seluar. Kakinya pula masih dibungkus seluar yang belum habis terpasang.

Macamana nak tahan pintu?

"D*mn!"

Alice bergerak ke belakang pintu dan menahan pintu menggunakan badannya. Kelihatan kepala Livio terjenguk di celahan pintu tetapi tidak menoleh ke arah Alice.

"Go out lah!"

Hanya mampu menghalau dengan pekikan dan lolongan, Alice berang akan perbuatan Livio yang tidak berhati perut.

Janganlah kau sebarkan apa-apa yang kau bakal tengok dekat orang lain. Tak tak, aku takkan bagi kau tengok selagi kau tak langkah mayat aku.

Alice rasa menyesal separuh nyawa kerana memberi kepercayaan kepada Livio untuk tolong jagakan pintu. Harapkan Livio, Livio makan pintu.

Aku takde pilihan lain kot!

"Heh, I won't look at you kid. Your body doesn't turn me on at all ."

Livio ketawa penuh sarkastik dengan kepalanya membelakangkan tempat Alice berada. Pintu ditutup rapat semula. Nafas lega Alice helakan sambil menepuk lembut dada sendiri.

Sabar jelah aku dengan kau. Hodoh pun hodohlah, janji hati baik. Aa ciaa!

Skrett!

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now