v | hero, the first time

15.3K 962 78
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Hard times don't create heroes. It is during the hard times when the 'hero' within us is revealed

"One, two, three... peace!"

Masing-masing beraksi dengan gaya tersendiri sebelum bunyi kachak kedengaran tatkala jariku menekan butang tangkap. Saat foto tersebut diambil, bermakna terakamlah salah satu memori terawal yang kami kongsikan bersama biarpun belum lama berkenalan.

Dalam gambar ini wajahku terpampang sebesar alam sampaikan hidungku nampak macam manusia kacukan babi. Tetapi dulu kawan aku pernah cerita yang makhluk bergelar babi itu sebenarnya merupakan antara haiwan paling bijak di dunia. Jadi apabila difikirkan balik, apa yang teruk sangat dengan babi sehinggakan nak mencarut pun sebut babi. Ingatlah, babi itu bijak!

Apapun, semua orang tahu situasi sebegini memang sudah menjadi lumrah tukang pegang kamera.

Sebelah kiri aku, lelaki berambut emas sepanjang paras bahu. Bulu matanya lentik bak mascara yang mampu meng-insecure-kan sesiapa perempuan tulen. Sebelah kanan aku pula seorang redhead yang 'cantik'. Rambut keritingnya yang merah menyala secocok dengan kulitnya yang putih berseri seperti disapu bedak padahal langsung tidak. Percayalah kalau korang tengok sekali imbas, mesti korang akan terus terfikir yang individu di dalam gambar kami ini semuanya perempuan. Walaupun hakikatnya, aku seorang sahaja yang sebenar-benarnya perempuan sejati dalam gambar tersebut.

Dan, apa tunggu lagi?

Post!

"Hey, you guys took a wefie without me!"

Jeritan Feliks yang bergema di seluruh kafeteria mengundang ketawa kami semua. Samuellah yang paling melebih terbahak-bahak sampai terkeluar suara jantan. Lantas budak dengan warna rambut lain daripada yang lain itu berjalan ke arah meja tempat kami duduk sambil menatang dulang yang sarat dengan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk kami berempat.

Sudahlah kami suka hati pakai Iphone 11 milik dia, ambil gambar tak ajak tuan punya kamera pula tu. Yang aku hairannya, Feliks ni badan sasa bukan main tetapi selalu jadi mangsa buli budak dua ekor ini. Namun, sebagai seseorang yang berpengetahuan cetek tentang hal ehwal golongan elit, aku akan anggap yang perkara ini adalah lazim dalam kehidupan anak raja.

Seperti yang korang semua maklum, sekarang ini masa rehat alias masa untuk berpesta, berjoget, berpoco, berzumba, semua jenis 'ber' pun boleh. Kenapa? Kerana durasi masa rehat sekolah ini terlebih cukup membolehkan kau buat apa-apa sahaja aktiviti kau nak tanpa sesiapa pun melarang. Jadi, dalam tempoh 1 jam yang dibekalkan untuk berehat itu, ada yang tidur di lounge, ada yang buat aktiviti kelab, ada yang beriadah di taman dan ada yang melepak di kafeteria. Contohnya, kami berempat.

Eh cop, jangan fikir semudah itu kami diberi masa rehat yang sangat lama. Bak kata cikgu-cikgu di sekolah lama aku, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian. Meskipun kami dapat tempoh rehat yang lama sampaikan aku pun tak tahu macam mana nak habiskan masa yang berbaki, waktu pembelajaran juga tak kurang panjangnya. Dari awal pagi hingga pukul tiga petang kecuali masa rehat, buku-buku teks setebal kamus sahajalah yang kami tatap sepanjang masa. Walau bagaimanapun, tidak semua subjek memerlukan persediaan fizikal dan mental yang tinggi kerana terdapat beberapa subjek yang dijalankan di luar kelas dan lebih kepada bermain daripada belajar. Salah satunya seperti subjek Zoology yang hampir setiap kali sesi memerlukan kami berada di Zoological Garden yang menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, burung dan juga ikan.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now