ix | who is she?

11.1K 807 39
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Hilda's POV ]

Success isn't measured by money or power or social rank. Success is measured by your discipline and inner peace

Tok tok!

Beberapa ketukan yang berjaya mengalih perhatian semua orang kedengaran sebelum pintu kelas dibuka dari luar. Sememangnya aku ternanti-nantikan kedatangan tiga orang pelajar ini sedari tadi.

Namun siapa sangka sangkaanku meleset. Hanya ada dua orang pelajar sahaja yang terjengul di muka pintu. Masing-masing dengan wajah yang memucat. Sepatutnya ada tiga. Jadi seorang lagi sesat ke mana?

Senarai nama pelajar kelas ini aku semak kembali sambil memerhatikan gerangan yang baru sahaja melangkah ke dalam kelas. Seorang pelajar lelaki berambut kelabu bersama satu-satunya pelajar perempuan sekolah kami.

"Miss Alice, your head pose. Lift up your chin."

Terhinjut bahu gadis itu mendengar teguranku. Terus dia perbetulkan kesilapannya. Apabila sudah memastikan dia berjalan tegak dengan kepala memandang lurus ke hadapan seperti seorang puteri yang sebenar, barulah aku sambung kerja menyemak kehadiran kelas.

Feliks Fedosov and...
Alice Allyna Hendry.

Aku tandakan tick pada kedua-dua nama itu menandakan mereka hadir. Cuma nama Señor Samuel Rodriguez dari Sepanyol sahaja yang belum bertick. Bermakna dia masih belum tiba di kelas lagi.

Jam di dinding aku intai tanpa berpaling kepala. Dari ekor mata sahaja aku dapat nampak jarum yang hampir-hampir menghala ke nombor lapan.

These two kids are lucky.

Berdasarkan Hilda's Teaching Philosophy yang aku reka sejak mula-mula mengajar dulu, jika jarum sudah berdetik jam 8.00 pagi, aku akan denda sesiapa sahaja yang datang lambat ke kelasku.

Dan aku tidak peduli siapa.

Mengikut peraturan akademi, sepatutnya seorang guru tidak perlu tiba di kelas lebih awal berbanding waktu sesi pembelajaran bermula. Namun aku berbeza. Kerana ini adalah sebahagian daripada pengajaran Manners.

Aku sudah arif akan sifat golongan elit yang sememangnya perlu diterapkan dengan disiplin serta adab yang tidak termaktub dalam buku. Ya, mereka mempunyai adab yang berbeza dengan rakyat biasa. Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu adab asas yang wajib dipraktikkan oleh seorang insan bergelar manusia.

Tidak semua antara mereka berperangai sebegitu, itu aku akui. Ada juga yang masih merendah diri walaupun memiliki kedudukan yang tinggi dalam piramid sosial. Dan aku lihat, ramai yang begitu di dalam kelas ini.

Titt! Titt! Titt!

Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah masuk pukul 8 pagi. Sekarang 'neraka' mereka sepatutnya telah bermula. Tetapi nampaknya kita ada sedikit masalah di ini.

Kelihatan Putera Samuel yang baru sahaja sampai bertahan pada pintu. Terlalu letih nampaknya sehinggakan satu kelas dapat dengar setiap nafasnya.

"Huff, huff!"

Malas aku mengerah tenaga untuk menoleh ke arahnya. Cukuplah sekadar menjeling sekilas.

Akademi DiRaja GrantéWhere stories live. Discover now