"Err..."

"Okay Encik! Jangan buat macam macam eh dengan kawan saya tu. Kang saya bagi flying kick baru tau," ujar Opi seraya bergerak meninggalkan kami berdua dihadapan pintu bilik kuliah tersebut.

"Huh awak nak apa ni Faizil saya rimas tau tak dah lah saya nak cepat ni," aku mendengus kasar lantas memberikan jelingan tajam kepadanya. Ni kalau Azran tahu aku jalan berdua dengan Faizil memang mati aku ni. Bukannya aku taktahu Azran tu kalau jeles tak menunjuk tapi hakikatnya dia taknak layan aku.

Lagi satu memang sengaja aku tak bahasakan diri dia 'encik' biar dia tahu kedudukan dia tu taklah setinggi mana yang harus aku hormat! Tah sejak bila mulut aku selaser ni umi dengan ayah pun takpernah ajar. Tapi tahlah maybe sebab panas dengan hamba Allah ni.

"Sorry lah ganggu awak but jom teman saya makan please Syaf," pujuk Faizil sambil menarik bucu tudungku. Terteleng aku dibuatnya eiiii!

"Stop Faizil! Saya takboleh sebab harini saya kena teman roomate saya pergi klinik. So please excuse," aku cuba nasib kot kot dia termakan ke dengan alasan aku ni. Tapi aku tengok muka dia macam memikirkan sesuatu. Janganlahhhhh!!!

"Takkpaa saya boleh hantarkan,"

Zapp!

----------

"Hmm Encik terima kasihlah hantarkan saya ke klinik. In sha Allah nanti saya ganti balik duit encik tu," ujar Amza di seat belakang. Kesian Amza tak memasal kena masuk air dua botol tadi kalau tak surut jugak memang kena tahan wad tapi alhamdulillah semuanya okay je.

"Ehh takpa. Anggap je tu hadiah dari saya. Manetau harini saya tolong awak esok lusa awak pulak ke?" Ujarnya ketika masih fokus memandu disebelahku. Sepanjang aku keluar ni takda sepatah ayat pun keluar dari mulut comel aku. Semuanya terkunci! Sepatah dia tanya aku hanya angguk dan geleng. Tulah siapa suruh paksa nak hantarkan pergi klinik?

"Terima kasih encik,"

"Sama sama. Eh Syaf awak taknak singgah mana mana dulu ke?" Soalnya sambil memandang sekilas ke arahku.

"Hmmmm," aku geleng.

"Awak ni dari tadi bisu takda mulut ke apa?" Soalnya lagi.

Amza yang dari tadi mendengar perbualan bisu kami mula marakan kepalanya kehadapan diantara aku dengan Faizil. Wajahku dipandang lama.

"Syaf since when kau bisu? Takcakap dengan aku pun." Ujar Amza bendul! Aku ketawa besar tetapi dalam hati jela melihat telatah lurus bendul Amza ni. Hai lah Amza.

"Tak. Mana ada aku bisu," ujarku seraya mengelipkan mata memandang ke arah Amza. Faizil sudah ketawa terbahak bahak melihat perilaku kami.

"Ha ada pun suara!" Amza menjerit suka. Dah kenapa Amza terlebih overdose ni? Ke doktor tercucuk salah jarum? Aku-jadi-pelik.

*Ting tong ting*

Alamak Azran call! Mati aku!

"Syaf angkatlah husband kau call kan,"

*srettttttt*

Faizil memberhentikan keretanya secara mengejut. Dah kenapa?

"Ahhh sakit sakit," Amza mengaduh apabila kepalanya terdorong kehadapan. Tanpa berlengah aku terus membantu Amza kembali ketempat asal. Nasib baik takda luka cuma benjol sikit je.

Aku memandang Faizil pulak yang semakin resah. Riak mukanya pula seperti menahan marah.

"Awak nak bunuh orang ke Faizil!"

"Sejak-bila-awak-kahwin?" Soalnya tapi matanya masih tertumpu kehadapan walaupun dia brek mengejut dibahu jalan. Soalanku tadi tidak diendahkan. Nasib baik takda kereta tau dekat belakang. Buat cuak orang je.

"Lah encik taktahu ke? Ke Encik simpan perasaan dengan Syaf ni?" Soal Amza tanpa berlapik. Mukaku sudah membahang. Apa punya soalan ni Amza!

"Dah dah jangan merepek sila jalan ye dah nak sampai dah pun," aku memberi arahan lantas Faizil memberi signal ke kanan dan keretanya bergerak meluncur di jalan raya.

Buat kalut orang jelah mamat ni. Tahu kau terkejut aku dah kahwin. Tapi kalau dia tahu orang yang aku kahwin tu Azran a.k.a Adam mesti lagi terkejut kan? Tapi lagi elok dia tahu. Its okay one day nanti aku akan bagitahu biar dia meroyan. Macamlah aku taktahu cara dia dekat dengan sekarang pun macam nak getback dengan aku balik. Gila apa nak terima aku wife orang kot. Ulang balik WIFE ORANG.

-----------

Selepas aku solat asar, aku duduk di meja belajarku. Amza di katil sebelah aku lihat sudah lena. Yelah kesan makan ubatkan.

Aku membelek iphoneku semula. Yang aku pelik kenapa Azran call sekali je? Biasanya dia akan call berkali kali sampai aku angkat. Kalau tak punca si Faizil brek kereta secara mengejut tadi takdanya aku takdapat angkat call.

Buat aku stress je harini dengan mamat tu.

"Hello assalamualaikum by!"

"Waalaikumussalam sayang. Kenapa tak angkat call by tadi?" Soalnya. Lidah aku menjadi kelu. Takkan nak cakap aku keluar dengan Faizil hantar Amza? Maun dia jadi singa jantan kejap lagi.

"Errr tadi mode silentlah by. Sorry sayang tak dengar." Aku-menipu.

"Oh yeke. Lain kali jangan silent eh. Kot kot ada emergency call ke," Dan Azran percaya. Fuhh lega.

"Ye ye tak buat dah. By call kenapa ni? Rindu eh?" Aku meleretkan suaraku. Ya aku juga rindukan Azran. Rindu nak manja manja dengan dia.

"Haah sayang. Rinduuuu sayang," sengaja ditekankan perkataan rindu tu supaya Syafra tahu yang dia amat merindui keletah si comel yang jauh dimata tapi dekat dihati ni.

"Rindu datanglah sini,"

"Memang dah datang pun," ujarnya membuatkan aku terlopong seketika.

"Aapaaa? Biar betul by?" Aku terjerit seketika. Yelah buang tebiat ke apa datang johor takda angin takda ribut? Baru sehari berjauhan takkan macamtu sekali rindunya?

"Yeee by tak tipu. Dah dah esok lepas class by ambil sayang eh? I got to go. Loveyou sayang. Assalamualaikum,"

Tuttt tuttt. Talian dimatikan.

"Waalaikumussalam," aku mendengus. Kalau aku jumpa Azran esok Amza macam mana? Hai encik suami ni suka tau buat suprise.

***********

Nah jangan lupa VOTE & COMMENT.

Tq sebab setia menanti BSMB.

Yang nak suruh kak nurul promotekan story korang boleh drop your comment sebab BSMB akan berakhir beberapa chapter je lagi 😍

Harap bersabar ya!

Salam alayk! 💋

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora