~CHAPTER 70||ZAYREEL~

1.7K 136 25
                                    

Liyana melangkah masuk ke dalam rumah. Lantas dia menggerakkan kaki ke arah ruang tamu. Apabila dia melihat seorang yang dicari-carinya tadi, lekas dia mendekati ke arah Adellea yang sedang tidur pulas di sofa itu.

Amboi tengah-tengah hari dah tidur.

"Lea bangun Lea. Aku nak ajak kau pergi kedai ni." Digoncang kuat bahu Adellea.

"Erm.. aku nak tidurlah. Kau pergilah sambung jogging, aku tak larat." Adellea mengigau. Liyana bercekak pinggang. Sejak bila pulak dia cakap nak pergi jogging? Tak pernah dibuat orang jogging tengah hari buta macam ni. Dia ajak temankan dia pergi kedai je.

Liyana tertanya-tanya. Kerja apa yang Adellea buat sampai dia tak larat semacam ni? Setahu Adellea ni goyang kaki je.

"Ah! Aku tak kira, kau kena jugak teman aku pergi kedai!" Liyana menarik tangan Adellea supaya bangun. Adellea bangun dengan terpaksa, masam terus wajahnya.

"Eh kejap, kau tak nak pakai lens dulu ke?" Tanya Liyana.

"Tak payah la. Aku tak larat ni, mengantuk, pening, nak muntah semua ada ni." Balas Adellea. Liyana kerutkan kening.

"Kau buat apa je sampai jadi macam tu?"

"Aku nak tolong ibu masak tadi, lepas itu aku tengok dalam singki ada ikan. We busuk gila, nak termuntah aku bau ikan tu." Kata Adellea.

"Ikan tu rosak ke? Aku takde bau apa-apa pun."

"Kau cakap nak pergi kedai kan? Cepatlah, kau nak aku teman ke tak ni?" Tanya Adellea garang. Dah la kacau orang tengah tidur, lepas tu ajak kita sembang pulak.

"Ye ye, jom."

"Sampai bila kau nak berdiri depan peti aiskrim tu Lea oi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sampai bila kau nak berdiri depan peti aiskrim tu Lea oi." Kata Liyana. Sudah hampir lima belas minit dia tunggu Adellea memilih aiskrim, dari awal masuk kedai, cari barang sampailah dia sudah membeli barang.

"Kat sini takde choco mint ke?" Tanya Adellea dengan muka yang sedikit masam. Kenapa dekat sini takde aiskrim perisa coklat mint.

"Ni kampung Adellea, dekat pekan adalah ice cream tu. Dekat sini mana ada, pilih jelah mana-mana yang ada dekat sini. Sama je sedap dia. Magnum tu sedap kau tak nak cuba." Panjang lebar Liyana membebel. Adellea muncungkan bibirnya.

"Orang tanya je.. takyah la marah." Perlahan suara Adellea.

"Tak marah kau pun. Kau lambat sangat pilih ice cream tu yang aku geram. Sekarang ni biar aku pilih dekat kau, kau makan je." Liyana membuka peti aiskrim itu lalu plastik aiskrim yang jelas tertulis 'Magnum almond' itu dicapainya. Lalu dia berjalan ke arah kaunter untuk bayar.

"Nah, kau cuba dulu makan ice cream ni. Esok kita pergi pekan cari ice cream ubag gigi kau tu." Liyana memberi aiskrim itu pada Adellea. Dia hanya pandang aiskrim yang berada ditangannya.

"Dah jom balik, panas tengah-tengah hari ni." Mereka berdua berjalan keluar dari kedai itu.

Adellea membuka plastik aiskrim tersebut. Baru dia mahu menggigit aiskrim itu, tiba-tiba bahunya dirempuh oleh seseorang lelaki. Terlepas aiskrim itu dari tangannya.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now