~CHAPTER 65||ZAYREEL~

1.1K 113 27
                                    

"Liyana!" Nama itu dipanggil apabila kelibat seorang perempuan yang sedang berdiri dari jauh. Dia melajukan langkahnya ke arah perempuan itu.

Terus tubuh genit itu dipeluknya erat
"Rindunya dekat kau Lea!" Kata Liyana sambil memeluk erat tubuh tinggi Adellea.

"Rindu dekat kau jugak!" Balas Adellea. Dia melepaskan pelukan kemudian wajah Liyana dipandang lama.

"Kau mesti tak makan lagi kan? Jom, aku dah suruh ibu masakan untuk kau." Liyana menarik tangan Adellea supaya mengikutnya.

"Nasi kerabu, favorite kau kan." Ceria wajah Adellea sambil menganggukkan kepalanya. Kemudian mereka keluar dari lobi hotel itu menuju ke tempat parkir kereta.

 Kemudian mereka keluar dari lobi hotel itu menuju ke tempat parkir kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sedapnya ibu masak!" Adellea mengunyah nasi itu sampai terpejam matanya. Sedap sungguh masakan ibu Liyana.

Makcik Lina tersenyum nipis. "Biasa je lah. Mana boleh lawan Ayra masak."

"Betul tu, tapi Yana masak lagi sedap dari dia." Kata Liyana dengan nasi masih lagi penuh di dalam mulutnya

Adellea tertawa perlahan. Dia sudah menganggap keluarga Liyana seperti keluarga keduanya. Makcik Lina terlalu baik dengannya.

"Ni kamh berdua makanlah banyak-banyak ye, ibu nak solat kejap dekat atas." Makcik Lina bangun dari duduknya kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka.

Liyana mencedok nasi ke dalam pinggan Adellea. Membutang matanya apabila Liyana menambah nasi kepadanya.

"Eh kau, nasi aku banyak lagi yang kau pergi tambah asal." Adellea menampar tangan Liyana sekali. Banyak pulak tu dia tambah.

Liyana hanya ketawa perlahan kemudian dia meyambung makan.

"Lea kau nak tahu tak?" Tanya Liyana sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Apa?"

"Laki kau tu kan.. si Zafreel tu." Kata Liyana tersekat sekat kerana mulutnya penuh dengan nasi.

"Eh kau ni boleh tak telan nasi tu bagi habis dulu baru bercakap. Semak aku tengok." Marah Adellea. Kemudian dia menjeling Liyana.

"Ni aku nak cakap, pasal laki kau. Kau tahu, dia selalu datang kafe waktu kau tak ada." Adellea berhenti daripada mengunyah makanan. Kemudian dia pandang Liyana.

"Lepas tu?"

"Dia selalu datang jenguk cafe, masuk office kau selalu datang cafe makan tengah hari. Kadang dia datang kerja tau dekat cafe kau."

"Dia buat apa je dekat situ? Nak cakap masak, bukannya dia pandai pun." Kata Adellea.

"Dia jadi cashier, macam kau."

"Setiap masa mesti dia akan cakap, 'aku rindu isteri aku'. Itu yang aku dengan Aziem selalu dengar."

Adellea diam.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now