~CHAPTER 10 || ZAYREEL~

3.1K 229 1
                                    

"KAU LAGI?!" Kata mereka serentak.

"Mata kau letak kat mana, hah? Orang jalan pakai mata, bukan pakai lutut. Habis aiskrim aku jatuh." Bidas Adellea geram. Sudah beberapa kali dia terserempak dengan lelaki yang sama dan benda yang sama terjadi.

"Alah aiskrim je pun. Beli jelah baru, apa susah." Zafrel tayang muka tak bersalah. Masing-masing tak nak kalah.

"Dah-dah! Maaf ye encik, kawan saya ni memang baran dia tak boleh bawa bincang. Kami pergi dulu." Potong Liyana. Terus Liyana menarik tangan Adellea ke arah tempat membeli barang dapur. Kalau dibiarkan tadi, maunya jadi perang dunia ketiga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam menunjukkan pukul 10.40 malam. Adellea masih lagi berada di kafenya. Ada sedikit sahaja lagi kerja yang perlu disiapkan oleh Adellea sebelum dia balik.

Setelah semuanya selesai, dia menutup lampu dan dia melangkah keluar dari kafenya untuk mengunci pintu hadapan kafe.

Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, tiba-tiba ada satu tangan yg menarik lengan Adellea. Adellea yang perasan ada yang menarik lengannya terus menoleh ke arah belakang. Siapa?

Raihan Danish

Dia nak apa tengah-tengah malam macam ni?

"Apa ni Danish pegang-pegang!" Adellea cuba menepis tangan Danish yang masih utuh memegang lengan Adellea.

"I ada benda nk bincang dengan you. Jom ikut I kejap" Balas Danish. Namun ajakannya ditolak mentah-mentah oleh Adellea.

"Kalau you nak bincang dengan I, bincang esok la. Sekarang ni dah malam. I nak balik rumah, I penat. Lepaskan lah tangan i" Adellea cuba menepis sekali lagi tangan sasa Danish itu, tapi tidak berjaya.

"Jom la, Lea. I janji kali ni je I ajak you keluar malam,lepas tu I tak ajak you keluar lagi." Rayu Danish pada Adellea.

"I cakap tak nak, tak nak la, Nish. Kau ni tak faham bahasa ke?" Kesabaran Adellea sudah habis. Dia tak selesa dengan Danish, apalagi Danish ajak dia keluar malam-malam macam ni, lagi la dia tak selesa.

Zafrel yang dari tadi jadi memerhati mereka berdua mula berfikir. 'Patut ke aku tolong minah tu?' Kata Zafrel dalam hatinya. Tadi masa dia berjalan ke arah kereta, dia nampak seorang lelaki sedangkan menggangu Adellea.

Belum sempat Danish menarik lengan Adellea untuk mengikutinya, ada tangan lain yang manarik tangan Danish sehingga terlepas gengamamnya dari lengan Adellea.

"Kau siapa, hah?!" Marah Danish apabila ada yang cuba menghalanginya. Zafrel hanya menayangkan wajah bekunya kepada Danish yang sudah mengetap rahang.

"Kau nampak kan yang dia tak selesa, yang kau pergi paksa dia dah kenapa" Balas Zafrel yang ada sedikit aura cemburu. Dia pun tak tahu kenapa.

"Dah la, Nish. Kau pergi balik la. Kalau kau tak balik juga, kau jangan jumpa aku dah lepas ni." Adellea sudah muak dengan perangai Danish itu. Entah la bila lelaki itu akan berhenti menganggunya.

"Okey fine! I balik." Danish terus meninggalkan Adellea dengan Zafrel disitu. Apabila sosok tubuh Danish sudah hilang, Zafrel memandang Adellea.

"Welcome"

"Huh?" blur Adellea.

"Orang dah tolong bukan nak reti cakap terima kasih" Balas Zafrel sambil memeluk tubuh sendiri.

"Alah kau pun sama je. Bagi jatuh aiskrim aku bukan nak cakap sorry." Adellea tayang wajah menyampah pada Zafrel.

"So, what your name?" tanya Zafrel pada Adellea.

"None of your business" Balas Adellea kemudian, terus meninggalkan Zafrel seorang disitu.

"None of your business" Balas Adellea kemudian, terus meninggalkan Zafrel seorang disitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Maaf sebab lambat update. Hrp bole tolong vote

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now