~CHAPTER 42 || ZAYREEL~

2.5K 164 6
                                    

Zafreel tongkatkan tangannya di tiang besi itu. Kepala ditoleh memandang isterinya yang sedang mengambil gambar menggunakan kamera. Angin kencang yang menerpa ke wajah isterinya membuatnya tenang dipandang. Kini mereka sedang dalam perjalanan ke pulau perhentian.

"Macam manalah aku tak jatuh cinta kau, sedangkan aku tengok kau pun boleh buat aku tenang." Getus hati Zafreel.

Adellea yang merasakan dirinya diperhatikan, terus menoleh ke sebelahnya. Tepat sangkaannya, Zafreel sedang memerhatikannya.

"Hm, kenapa? Mabuk lagi ke?" Tanya Adellea. Zafreel menggelengkan kepalanya. "Tak. Tengok cinta hati aku ni terus tak pening dah."

"Mengarut. Dah makan ubat?"

"Dah." Tipu Zafreel. Sebenarnya dia malas nak makan ubat, dah la tak sedap. Kalau dia pening, suruh jelah Adellea urut. Ahak!

"Hm."

Uwek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Uwek

Ini sudah masuk kali ke lima Zafreel muntah. Daripada pulau perhentian lagi dia muntah tak berhenti-henti. Selesai mencuci muka dan mulut, dia berjalan menghampiri Adellea. Dia mengambil tempat duduk disebelah isterinya.

"Sayanggg. Kau tak kesian ke dekat aku ni? Dari tadi aku asyik muntah je." Kata Zafreel sambil menjebikan bibirnya.

"Tak." Jawab Adellea selamba.

"Sampai hati." Zafreel buat gaya seperti mahu menangis.

"Memang tak kesian." Zafreel menjeling tajam sebelum dia membaringkan kepalanya diatas paha Adellea. Terkejut Adellea dengan tindakan Zafreel.

"Kepala aku pening, tolong urut kan kepala aku."

"Ish bangun la. Orang nampak la." Adellea mula gelabah. Macam mana kalau pekerja dia yang lain nampak, mau malu dia nanti. Zafreel hanya mengeraskan tubuhnya.

"Biarla aku nak manja dengan isteri aku, apa masalah?"

"Masalahnya kita dekat public, bukan dekat rumah. Bangun la nanti diorang nampak la."

"Biarla. Kisah pulak aku."

"Kau ni kalau aku lempar dalam laut pun best jugak."

"Cubalah kalau boleh."

Dan akhirnya, Adellea hanya membiarkan sahaja. Tetapi dia perasan akan sesuatu selepas melihat wajah pucat Zafreel.

"Kau makan ubat tak tadi?" Secara automatik Zafreel mencelikkan matanya. Tubuhnya mengeras.

"Dah."

"Tipu."

"Betullah, aku dah makan tadi." Bohong Zafreel lagi.

"Kalau kau makan ubat, kau takkan muntah teruk macam ni. Baik kau mengaku cepat." Adellea memandang tepat ke dalam anak mata Zafreel. Zafreel pula hanya menayangkan wajah kosong. Adellea tolak tubuh dari baring di atas pahanya.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now