~CHAPTER 36 || ZAYREEL~

2.8K 177 6
                                    

Perlahan-lahan Adellea membuka matanya apabila merasakan matahari masuk melalui celah tingkap biliknya.
Matanya digosok-gosok perlahan.

Dia bangun dari tidurnya, sekeliling dilihat. Matanya tertumpu kepada duvet yang menyelimuti dirinya.

"Aik? Bukan ke aku tidur atas sofa semalam?" Terus terbeliak biji matanya. Tangannya meraba badannya sendiri. Fuh.. nasib berpakaian lagi.

Dia menoleh memandang ke tepi. Suaminya sudah bangun, entah hilang ke mana. Jam dinding dipandang sekilas. Baru pukul 8:15, rambutnya yang serabut diikat dengan gaya messy bun. Katil ditarik supaya kemas kemudian dia berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

Bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bosan

Itu yang dirasakan oleh Adellea. Perkahwinannya sudah memasuki tiga hari. Majlis resepsinya lagi empat hari. Dia mengeluh perlahan.

"Bosannya duduk dekat villa ni." Keluh Adellea. Tiba-tiba satu idea muncul di kepalanya.

"Apa kata aku test hadiah kawin aku? Hehe, menarik jugak." Dia teringat akan sehari yang lepas, sepupunya Emir Khan memberikan mereka hadiah kahwin.

Dia bangun dari duduknya terus berjalan ke arah walk in closet untuk ganti baju.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Kiri kanan dipandang.

Okay line clear

Cepat-cepat dia berjalan ke arah lif, takut jika dia terserempak dengan suaminya. Sudahlah dia tidak minta izin terlebih dahulu.

Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, terus kaki berlari ke arah pintu utama. Baru sahaja dia hendak memegang tombol pintu, ada suara mencelah.

"Kahaan ja rahee ho Zayra?"(kau nak pergi mana tu Zayra?) Tanya Ameena. Adellea menoleh memandang wajah neneknya, dia sengih. "Keluar."

"Dah minta izin suami?" Tanyanya lagi, risau jika cucunya ini keluar tanpa memberitahu suaminya. Cucu dia sorang ni nakal sikit, hehe.

"Dah, jangan risau lah. Bye, Zayra keluar dulu." Bohongnya, dia melangkah ke arah neneknya kemudian menyalam tangan Ameena. Kaki terus berlari ke arah pintu.

Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat sebuah motosikal yang terletak elok di garaj itu. Motor Kawasaki ninja Z250 itu didekati.

Adellea memakai helmet terlebih dahulu sebelum enjin motor dihidupkan.

Sebaik sahaja enjin dihidupkan, bergema bunyi motor itu. Adellea sudah tersenyum lebar. Kali terakhir dia menaiki motor pada waktu tahun terakhirnya di universiti.

"Where do you think you will go, miss Zayra?" Soal Zafreel dengan senyuman sinis. Perlahan-lahan Adellea menoleh me belakang.

Alamak, dah kantoi!

"Erm... Don't know."

"Did you ask my permission to go out?" Zafreel mendekati ke arah isterinya.

"Ada, tapi dalam hati. Bye husband, kita nak pergi healing dulu! Petang nanti aku balik!" Belum sempat Zafreel sampai, motosikal yang ditunggang oleh isterinya itu laju keluar dari perkarangan rumah.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now