~CHAPTER 58||ZAYREEL~

1.7K 138 13
                                    

Murre, Pakistan.

Adellea turun dari kereta apabila mereka sudah sampai dihadapan rumah agam itu. Kaca mata hitam diturunkan. Dia pandang rumah kawasan rumah itu.

Rumah agam ini lebih besar dari sebelumnya. Kawasan lebih lapang dari sebelumnya. Ya, rumah itu diubahsuai dua kali ganda. Belakang rumah telah dijadikan kawasan yang lapang dah dipenuhi oleh rumput hijau.

Tanpa banyak cakap, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia disambut oleh beberapa orang pembantu rumah. Lalu seseorang dari mereka membawa Adellea ke biliknya.

Rumah ni dah jadi besar sangat, nak cari bilik pun lepas ni kalau tak ada peta mau sesat.

Akhirnya mereka sampai di tingkat tiga. Adellea dan pembantu rumah itu keluar dari lift kemudian berjalan ke arah satu bilik yang tidak jauh dari situ.

Sempat Adellea mengucapkan terima kasih kepada gadis itu sebelum dia pergi meninggalkan dirinya. Lalu dia pandang pintu kayu besar itu sebelum dia memulas tombol pintu.

Sebaik pintu itu dibuka, matanya terhenti pada satu sosok yang sedang tidur diatas katil itu. Lantas dia mendekati ke arah itu.

Dia melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan gaya meniarap di atas katilnya. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambut lebat lelaki itu.

Dia turunkan lutut diatas lantai menyamakan kedudukannya dengan wajah lelaki itu. Rambutnya terlebih dahulu diselitkan ke belakang telinga. Tanyanya diangkat untuk mengalihkan rambut lelaki itu.

Terduduk dia diatas lantai apabila melihat wajah lelaki itu. Dia menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia pandang sekeliling untuk mencari sesuatu.

Dia lihat buku tebal yang ada diatas meja kecil tepi katil itu kemudian diambilnya. Dia bangun dari duduk dilantai.

Tanpa teragak-agak dia memukul belakang lelaki itu dengan kuat.

Terjaga Zafreel dari tidurnya apabila merasa sakit dibelakang badannya. Lantas dia bangun. Dia mahu mengamuk tadi, tapi tidak jadi apabila melihat wajah isterinya.

"Apa benda kau ni?!" Marah Zafreel dengan suara tertahan.

"Kau kenapa tidur dalam bilik ni?! Ni bilik aku tahu tak?" Marah Adellea. Amboi, dia yang tidur dalam bilik orang lepastu nak marah kita pulak.

"Ni bilik aku la. Kau tu tiba-tiba datang pukul aku dah kenapa sengal." Zafreel ubah kedudukannya daripada meniarap kepada duduk. Wajah Adellea dipandangnya.

"Kepala hotak kau! Ni bilik aku lah, kau keluar sekarang." Adellea mengacah mahu memukul Zafreel lagi dengan buku tebal itu.

Zafreel mengeluh sekali.

Dia turun dari katil kemudian dia berdiri dibelakang badan Adellea. Ditolaknya tubuh kecil itu dengan kedua-dua tangannya hingga ke depan pintu.

Sampai dihadapan pintu, Zafreel menolak sedikit kuat badan Adellea supaya keluar dari situ.

"Ni bilik aku, period. Bilik sebelah ni kosong, kau pergi la tidur sana. Jangan nak buat semak dekat sini," Kata Zafreel kemudian menutup pintu dengan kuat. Terkejut Adellea dibuatnya.

"Eii tak guna punya jantan," Kata Adellea kemudian menarik bagasinya ke bilik sebelahnya. Dihempas kuat pintu bilik itu selepas dia masuk ke dalamnya.

"Apa benda yang bising-bising dekat atas tu!!" Jerit Ameena dalam bahasa Hindi dari tingkat bawah. Baru sampai dah bising..

 Baru sampai dah bising

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Donde viven las historias. Descúbrelo ahora