~CHAPTER 20 || ZAYREEL~

2.7K 199 4
                                    

Mereka berjalan keluar dari tempat panggung wayang. Zafreel menoleh sebelah melihat Adellea. Pucat lesi muka dia. Kenapa dengan cinta hati dia ni?

"Kau okay tak cinta hati? Pucat sangat muka kau ni." Adellea menoleh melihat Zafreel. Geram sahaja dia dengan perangai Zafreel ni. Rasa macam nak lempar je Zafreel dalam laut.

"Kau lah sebabnya. Aku dah cakap kan, jangan pilih cerita seram. Yang kau pergi pilih jugak cerita hantu tu dah apahal." Balas Adellea bertalu-talu. Zafreel disebelah nya hanya ketawa kecil.

"Alah relax la. Aku saja je nak usik kau. Comel apa cinta hati aku menjerit. Nasib tak roboh je wayang tu." Zafreel melepaskan ketawanya lagi sekali. Habis pucat muka Adellea masa dalam wayang tadi.

"Ni lagi satu, aku nak tanya kau. Kenapa panggil aku cinta hati? Aku bukannya girlfriend kau pun."

Zafreel diam sebentar. Cinta hati dia ni tak faham lagi ke maksud dia.

"Mungkin kau orang special dalam hidup aku." Balas Zafreel beriak biasa. Matanya hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah Adellea. Adellea hanya mengerut dahi. Dia orang istimewa bagi Zafreel? Kenapa pula? Bukankah mereka ini stranger?

Pelbagai soalan mula timbul dikotak fikiran Adellea. Belum sempat dia bertanya kepada Zafreel, ada seseorang yang menegur Zafreel.
Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana dilindungi oleh badan sasa Zafreel.

"Eh, Zafreel! You buat apa dekat sini? Tak masuk office ke hari ni?" Soal Datin Zaliha. Selalu anaknya ini sibuk dengan kerja sahaja. Ini ada pulak ye masa nak keluar jalan-jalan.

Dah keluar dengan cinta hati, mestilah ada masa.
Tak begitu aunty? Ahak!

"Eh mummy! Harini Zaf cuti harini. Itu yang saja keluar jalan-jalan. Ni mummy datang dengan sapa?"

"Mummy datang dengan kawan mummy ni ha. Datin Julia. Ni you datang sorang je ke?"

"Eh tak la. Zaf datang dengan cinta hati Zaf." Zafreel mengundur setapak ke belakang untuk memberi Datin Zaliha melihat Adellea yang berada dibelakang nya dari tadi. Datin Zaliha terus menoleh ke arah wajah Adellea.

Terbuntang luas mata Adellea. Mulut ditekup dengan tapak tangan. Wajah yang sangat dia kenali.

Aunty Zaliha. Mak kepada Zafreel. Kenapa dia tak pernah tahu pasal ni? Yang dia tahu Datin Zaliha hanya mempunyai anak lelaki.

"Eh, Lea. Tak sangka eh, kamu sebenarnya bercinta dengan anak aunty. Zafreel pun satu. Bukan nak reti bagitahu aunty. Kalau tak dah lama aunty hantar rombongan meminang."

Terkaku Adellea dibuatnya. Dia masih terkejut apa yang jadi depan matanya. Dengan mak bukan main rapat, tapi dengan anak macam anjing dengan kucing.

"Elok betul kekasih kamu ni Zaf. Baik cepat bertindak, nanti diambil orang." Kata Datin Julia. Zafreel hanya mengaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"Ni kamu berdua ada nak pergi mana-mana? Kalau tak aunty nak ajak pergi makan tengah hari." Pelawa Datin Zaliha. Baru sahaja Adellea hendak membantah, Zafreel menjeling ke arah Adellea. Dia yang faham isyarat Zafreel itu, hanya mejuling mata ke atas.

"Oh kami tak ada nak pergi mana-mana pun lepas ni. Boleh la, kami pun belum makan lagi."

"Bagus la macam tu. Jom ." Ajak Datin Julia dengan Datin Zaliha. Adellea hanya terpaksa ikut. Dia tiada pilihan sekarang. Dia tersepit dalam keadaan. 'Aunty Zaliha salah faham! Lea bukan kekasih anak aunty.' jeritnya dalam hati. Dia rasa macam nak terjun bangunan 30 tingkat sekarang ni.

 Dia rasa macam nak terjun bangunan 30 tingkat sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Bau-bau ada orang nak makan nasi minyak🫢.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now