~CHAPTER 16 || ZAYREEL~

2.8K 243 1
                                    

Hari ini dah masuk hari ke lima Adellea dapat bunga. Pemberinya masih lagi misteri.

Adellea melangkah masuk ke dalam kafenya. Jelas terlihat sejambak bunga Lily diatas kaunter.

"Hari ni pun dapat lagi ke? Orang yang sama bagi ke?" Soal Adellea.

"Hah. Hari ni bunga lily pulak eh? Semalam bunga tulip putih. Haha." Gelak perlahan Liyana kepada Adellea.

Dia mengambil bunga itu kemudian berjalan ke arah bilik kerjanya. Kerusi ditarik terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggung.

Kad yang terselit ditepi bunga itu ditarik untuk membaca.

Burung merpati sedang mencari mangsa nya;
Buat buah hati saya, janganlah tertanya-tanya siapa saya.♡

- Reel -

Selepas membaca ayat pantun yang diberi itu, Adellea tergelak kecil.

Bagaikan tahu sahaja Adellea selalu tertanya-tanya siapakah yang selalu memberinya bunga.

"Hahaha. Pantun mana la yang dia rembat ni. Tak kena betul dia punya rangkap." Kata Adellea sendirian.

"Haish. Boleh jadi orang gila aku kalau baca kad-kad ni. Baik aku pergi buat kerja." Kemudian, Adellea berlalu keluar dari bilik kerja ke arah dapur kafe. Sebelum dia keluar, dia menyimpan kad itu di dalam beg kerja nya.

Ceyy. Tak suka pun simpan jugak. Haha.

Kaki berlangkah ke arah Adell's Cafe untuk makan tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki berlangkah ke arah Adell's Cafe untuk makan tengah hari.

Pintu kafe itu ditolak untuk memasuki ke dalam kedai. Apabila pintu ditolak, secara automatik nya loceng berbunyi bahawa ada orang masuk.

"Hye welcome to Adell's Cafe!" Sapa Liyana ke arah Zafreel yang baru sahaja masuk ke dalam kafe itu.

Zafreel tidak beriak apa-apa pun. Hanya wajah bekunya sahaja yang terlihat.

Dia mengambil meja yang agak tersorok di dalam cafe itu. Tempat yang selalu di akan duduk jika datang ke kafe ini.

Baru sahaja Liyana hendak mengambil order, tiba-tiba perutnya memulas hebat. Dah tak tahan. Kebetulan Adellea lalu dihadapan Liyana . Tangan Adellea terus disambar olehnya.

"Lea. Tolong aku Lea. Tolong ambilkan order untuk customer yang baru masuk tu. Aku sakit perut ni. Dah tak tahan. Aku pergi toilet dulu." Selepas sahaja buku catatan selamat mendarat diatas tangan Adellea, Liyana terus memecut ke arah tandas.

"Apa la yang minah tu makan sampai sakit perut sangat, haish." Bebel Adellea sendiri. Ya, mereka sebenarnya tinggal satu rumah. Cuma beza waktu pulang sahaja. Adellea akan pulang terlebih dahulu pada pukul 7:00 kemudian akan datang ke kafe semula pada pukul 8:00. Manakala Liyana pula, dia hanya berada di kafe sehingga waktu tutup kafe.

Tanpa membuang masa, Adellea berjalan ke arah pelanggan yang dimaksudkan oleh Liyana tadi.

"Sir, what do you want to order?" Tanya Adellea kepada pelanggan nya.

Mata Adellea terbuntang luas apabila melihat wajah tampan Zafreel itu. Apa yang lelaki ini buat disini?

"Apa kau buat kat sini hah?" Tanya Adellea geram. Tak ada kafe lain ke? Sini juga yang dia nak datang nya.

"Hmm, saja pun lah aku datang sini nak tukar tayar kereta. Dah nama pun cafe, mesti lah datang nak makan." Balas Zafreel selamba.

"But, ada je kan cafe lain. Kenapa sini juga yang kau nak datang?"

"Dah sini je paling dekat dengan pejabat aku. Aku malas nak drive jauh-jauh semata-mata nak makan tengahari. Kalau sini jalan kaki je. Lantak ah. Can I take the order now?" Balas Zafreel.

Nak tak nak, Adellea terpaksa juga ambil order lelaki itu. Itu cara dia mencari rezeki. Dia harus juga bersikap sopan dengan pelanggan mahu pun yang di depannya ini adalah lelaki yang selalu mencari pasal dengan nya.

 Dia harus juga bersikap sopan dengan pelanggan mahu pun yang di depannya ini adalah lelaki yang selalu mencari pasal dengan nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adellea merasa dirinya diperhatikan, laju sahaja dia angkat muka. Sebaik sahaja dia mengangkat muka, mata nya bertembung dengan anak mata Zafreel. Lelaki itu asyik perhatikan dia sahaja dari tadi.

Adellea menjuling kan mata nya ke atas kepada Zafreel. Malas dia nak layan, baik dia buat kerja.

Selesai sahaja makan tengah hari, Zafreel berjalan ke arah kaunter untuk membayar bil.

Jadi kerana semua staf Adellea sedang menunaikan ibadat, dia lah yang kena menjaga kaunter.

"Semua totalnya RM35.00." Kata Adellea kepada Zafreel.

Zafreel mengeluarkan sekeping duit yang bernilai RM50 ringgit kemudian diserahkan kepada Adellea.

Zafreel yang tahu Adellea akan memberikan baki semula, terus dia berkata

"Oh, baki simpan je."

"Thanks and don't come here again. And now please go out." Halau Adellea selamba. Satu senyuman dihadiahkan kepada Zafreel.

"Halau nampak." Balas Zafreel.

"Memang pun."

"Kalau kau halau aku sekali pun, aku tetap akan datang juga."

"Datang la kalau berani. Aku simbah kau dengan air panas." Ugut Adellea.

"Ututututu, takutnyeeee kiteeee." Zafreel membuat suara mengejek kepada Adellea.

Naik turun naik turun nafas Adellea. Geram sahaja dengan lelaki didepanya ini. Sumbat dalam botol kicap kang.

"Bye aku pergi dulu." Belum lagi kaki melangkah keluar, Zafreel patah balik ke arah kaunter.

"Oh ya, miss Adellea Zayra.If you want to know my name, my name is Adeel Zafreel." kata zafreel kemudian mengenyit sebelah matanya ke arah Adellea.

Adellea hanya memandang lelaki itu berarah keluar dari kafenya. Wajahnya jelas kebingungan. Bagaimana lelaki itu tahu namanya? Dan nama lelaki itu, seakan-akan dia pernah kenali. Seperti déja vú. Macam kenal tapi dimana ya?

 Macam kenal tapi dimana ya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~
T

BC

Nak mengemis vote boleh?

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now