~CHAPTER 19 || ZAYREEL~

2.6K 210 2
                                    

"Amboi, kemain cantik. Nak pergi mana? Kata nak tidur je harini?" Soal Liyana apabila melihat Adellea menurun tangga dengan pakaiannya seperti mahu keluar.

"Keluar." Adellea menuju ke meja makan. Kerusi ditarik dahulu sebelum duduk.

"Dengan?"

"Zafreel."

"Mamat yang selalu makan dengan kau dekat cafe tu ke?" Soal Liyana kebingungan. Selalu Adellea hanya keluar apabila ada hal penting sahaja ketika cuti. Ini ada pula mood dia nak keluar.

"Ye." Dia mengambil 2 keping roti bakar untuk alas perut. Dia jarang sangat makan pagi, tapi harini tekaknya teringin nak sarapan.

"Serius la. Bukan ke kau tak suka dekat mamat tu sebab dia suka paksa-paksa kau. Ni, bila dia ajak keluar, nak pulak kau ikut dia. Lain macam nampak." Balas Liyana.

"Macam kau cakap tadi, dia suka memaksa."

Selesai sahaja sarapan, Adellea bangun dari kerusi sambil membawa pinggan ke arah singki untuk dibasuh.

Dia kembali ke meja makan, kemudian beg tangannya diambil. "Ni. Kalau kau nak keluar, bagitahu aku. Jangan lupa kunci pintu." Pesan Adellea kepada Liyana. Kawan dia ni bukan boleh harap sangat.

"Baikkk cik Adellea." Meleret suara Liyana. Ingat dia ni budak umur 7 tahun ke nak pesan macam-macam.

"Aku pergi dulu, bye. Jangan pula bila aku tak ada ni, kau jahanam kan rumah ni." Pesan Adellea lagi sekali. Lalu, dia berjalan ke arah pintu utama.

Selesai sahaja memakai kasut, dia berdiri kemudian pintu ditarik untuk dikunci.

Baru sahaja Adellea ingin mengambil iPhone nya, dia melihat kereta yang baharu tiba didepan pintu pagar rumahnya. Aik? Dia baru je nak hantar location rumah. Tiber dah terpacak depan rumah.

Dia berjalan ke arah kereta tersebut. Pintu pagar dibuka dahulu kemudian, ditutup kembali.

Cermin tingkap kereta itu diketuk selama dua kali. Terus sahaja cermin itu diturunkan.

Sebaik sahaja cermin tingkap kereta diturun kan, wajah tampan Zafreel yang dilihat oleh Adellea. Zafreel hanya mengenakan pakaian t-shirt Polo dan seluar jeans. Dan satu kaca mata hitam yang terletak elok di atas hidung mancung nya.

"Hello?" Zafreel melambaikan tangan dihadapan wajah Adellea.

Tersedar Adellea daripada lamunan. Belum pernah lagi dia melihat Zafreel seperti ini. Selalu Zafreel hanya mood kerjanya sahaja.

"Nak aku dukung dulu ke baru nak masuk?" Tanya Zafreel. Gadis ini selalu melamun apabila dia bercakap.

Terbatal niat Adellea untuk bertanya. Dia terus masuk kedalam kereta Zafreel.

Sebaik sahaja Adellea masuk, Zafreel terus memecutkan keretanya.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Adellea mencetuskan suasana yang sunyi itu.

"Adalah. Rahsia."

"Macam mana kau tahu location rumah aku?" Soal Adellea lagi.

"Adalah. Rahsia." Jawapannya sama.

"Tak guna jugak cakap dengan kau ni. Kalau aku tahu aku tak ikut tak apa. Duduk rumah lagi best." Bebel Adellea sendirian. Zafreel hanya diam sambil memandu kereta.

*Selesai* sahaja meletakkan kereta diparking, Zafreel turun dari kereta terlebih dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Selesai* sahaja meletakkan kereta diparking, Zafreel turun dari kereta terlebih dahulu. Dia berjalan ke arah pintu kereta disebelahan nya. Dia membuka pintu untuk Adellea.

"Come my princess." Kata Zafreel.

Adellea hanya menurut sahaja. Tapi didalam hatinya tidak. 'Pahal mamat ni. Kena sampuk dengan jin mana ni? Tiber jadi baik.' Kutuk nya didalam hati.

Dia hanya mengikuti langkah Zafreel.
Akhirnya sampai tempat yang dituju oleh Zafreel.

"Kita nak tengok wayang ke?" Soal Adellea.

"Hah. Kenapa kau tak nak tengok ke?"

"Tak aku okey je. Asalkan jangan cerita seram sudah." Balas Adellea biasa. Bosan. Itu yang dirasakan oleh Adellea sekarang.

"Ada lagi masa 30 minit. Kau ada nak pergi mana-mana?" Tanya Zafreel. Dia berasa serba salah pula sebab memaksa gadis itu ikut keluar dengannya.

Adellea memandang sekeliling mall itu. "Hmm. Aku nak pergi kedai ice cream jelah." Balas Adellea terus berjalan ke arah lif. Zafreel dibelakang hanya mengikut sahaja.

Mereka telah pun sampai dihadapan kedai ice cream. Baskin Robbins menjadi pilihan Adellea.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Seperti biasa, ice cream yang berperisa 'choco mint' selalu menjadi pilihannya. Zafreel pula hanya mengambil perisa
'cookie n cream'.

Mereka berjalan keluar setelah selesai membuat bayaran. Mereka hanya berjalan sekeliling mall sambil menunggu masa yang diberi sebelum kembali ke panggung wayang.

Zafreel melihat dihujung bibir Adellea ada sedikit ice cream yang melekat di situ. Alahai, comel sahaja cinta hatinya makan ice cream. Kalau la halal, dah lama dia picit pipi mulus Adellea.

"Alahai, comotnyee cinta hati aku makan ice cream." Tisu yang berada didalam poket seluar, ditarik keluar. Laju sahaja tangan diangkat ke arah pipi Adellea. Adellea terkejut dengan tindakan Zafreel itu. Matanya memandang ke arah anak mata Zafreel yang fokus mengelap pipinya.

Adellea menepis tangan Zafreel apabila tersedar dari lamunan. Haish dia dah kenapa asyik termenung je kalau tengok mamat ni.

"Kau memang tak tahu halal haram eh? Main pegang je anak dara orang." Geram Adellea.

"Tak. Sebab yang aku tahu, aku nak halalkan kau je sekarang ni." Selamba Zafreel membalas pertanyaan Adellea. Dia disebelah Zafreel dah macam cacing kepanasan.

Zafreel melihat ke arah jam tangannya. Lagi 5 minit sebelum filem bermula.

"Dah jom 5 minit je lagi movie dah nak start." Setelah itu, Adellea hanya mengikuti Zafreel. Mereka berjalan ke arah lif untuk naik semua ke tingkat paling atas didalam mall itu.

 Mereka berjalan ke arah lif untuk naik semua ke tingkat paling atas didalam mall itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Sorry la kalau chap ni cringe. Otak tak nak perah idea🚯.

Vote.......

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now