~CHAPTER 32 || ZAYREEL~

2.3K 198 1
                                    

Seperti yang dikatakan oleh Zafreel semalam, mereka berdua pergi ke butik Datin Zaliha pada pagi itu.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam butik itu. Terus mereka disambut oleh Datin Zaliha.

"Ha sampai pun anak dengan menantu mummy. Mari masuk, kita fitting baju dekat dalam." Terus lengan Adellea ditarik oleh Datin Zaliha. Zafreel menjeling ke arah mummynya. Suka-suka je nak tarik tunang orang jalan dengan dia.

"Tunggu sini kejap, mummy pergi ambil baju nikah korang." Mereka berdua hanya menganggukkan kepala. Adellea berjalan-jalan di dalam butik itu, kelihatan mewah dan pelbagai lagi jenis rekaan baju. Namun pergerakannya terhenti apabila namanya dipanggil.

Datin Zaliha kini kembali dengan baju melayu dan baju kurung ditangannya. "Nah ni Lea punya, ni Zaf punya. Pergi try dekat fitting room sana." Masing-masing berjalan ke arah fitting room yang ditunjukkan oleh Datin Zaliha tadi.

Kini tubuh Adellea tersarung kemas dengan baju kurung itu. Kena saiznya dan tidaklah terlalu singkat dan labuh. Memang kena dengan dia. Pandai bakal mak mertua dia buat baju.

Kau ada?

Serentak Adellea dan Zafreel melangkah keluar dari fitting room itu. Mereka hanya memandang antara satu sama lain. Tak berkedip mata masing-masing. Terhenti pandangan masing-masing apabila satu suara berbunyi.

"Alahai... cantiknya anak dengan bakal menantu mummy ni!" Celah Datin Zaliha berkata. Sedondon sahaja pasangan itu. "Kejap mummy nak ambil gambar you guys berdua." Lalu iPhone nya diambil kemudian pasangan itu didekati sedikit.

"Okay rapat sikit." Zafreel merapatkan jaraknya dengan Adellea. Tidaklah terlalu dekat, masih lagi ada ruang untuk menjarakkan.

"One, two, three...smile!" Gambar pasangan diambil beberapa keping sebelum ditunjukkan kepada pasangan itu. Berseri-seri sahaja wajah Adellea. Dengan mata cantiknya, siapa sahaja tak terpersona.

"Okay sekarang ni mummy nak you guys fitting baju untuk sanding pulak. Adellea nak baju macam mana? Dress like a princess?" Soalnya.

"Err...Lea tak suka sangat baju kembang ni, kalau boleh tak nak la yang kembang macam princess tu. Just nice je kembang dia kalau boleh." Datin Zaliha hanya menganggukkan kepalanya. "Okay kejap mummy pergi ambil."

Datin Zaliha meninggalkan pasangan itu berdua. Adellea menoleh ke belakang memandang Zafreel. Lelaki itu tampan dengan baju melayu berwana putih dan satu songkok dikepalanya. Lelaki itu hanya senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Terpesona Adellea seketika. "You know what, you look so gorgeous in that dress. And with your beautiful eyes." Terasa bahang sudah menerpa ke wajahnya. Adellea hanya menjuling matanya ke atas.

Cover malu. HAHA.

"Apa? Biasa je aku tengok." Matanya membelek-belek pakaiannya. Memang nampak elegen sebenarnya. Tengoklah sapa yang buat.

"Hensem tak aku cinta hati?" Zafreel memusingkan badannya sambil mendepakan tangannya kemudian dia senyum ke arah Adellea.

Amboi sejak nak kahwin ni asyik senyum je Zafreel ni. Ahak!

"Biasa je. Tak hensem pun." Selamba Adellea berkata.

"Eleh, aku tahu la aku hensem. Nak puji, puji jelah. Tak payah malu-malu, nanti jadi jugak laki kau." Cebik Zafreel sambil membetulkan rambutnya kembali. Habis rosak rambut dia pakai songkok.

"Dah tahu diri tu hensem, kenapa tanya?" Balas Adellea semula. Tersentak Zafreel yang sedang membetulkan rambut itu. Wajah jelita Adellea dipandang sinis. Kuat melawan betul tunangnya ini.

"Biar lah, aku ada mulut. Suka hati la nak tanya pun." Bidasnya semula.

"Ada aku tanya kau ada mulut? Tak de kan." Kata Adellea kembali dengan senyuman sinis. Kali ni dia yang akan menang perang mulut kali ini.

HAHAHA

"Eii...mulut tu suka melawan. Aku cium karang baru tahu."

"Kau pernah dengar tak berita yang 'seorang lelaki kejung akibat heels termasuk ke dalam mulutnya' pernah tak?" Bidas Adellea berbaur amaran.

"Sebelum kau nak sumbat heels kau dalam mulut aku, aku cium kau dulu."

"Sebelum kau nak cium aku, penumbuk sulung aku singgah dekat muka kau dulu."

"Zaf! Lea! Sini kejap!" Terhenti percakapan mereka. Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Terus kaki berjalan ke arah itu.

"Ye mummy? Kenapa?"

Datin Zaliha menghulurkan sepasang suit kepada Zafreel. Terus sahaja dia menerima huluran tersebut. "Itu baju Zaf. Pergi la cuba. Ni Lea punya, cepat pergi cuba."

Adellea hanya mengangguk kemudian gaun itu dibawa oleh seseorang pekerja disitu bersamanya ke fitting room.

Beberapa minit kemudian Adellea tampil dengan gaun pengantin itu. Terlopong mulut Datin Zaliha melihat penampilan bakal menantunya. Terus tangannya menekup mulutnya. Masyaallah, ini bidadari dari syurga kah?

"Ya Allah! Cantiknya bakal menantu mummy ni!" Adellea hanya senyum manis ke arah Datin Zaliha. Dengan senyuman manisnya, menambah kan lagi keseriannya. "Mana ada, biasa je my."

Bunyi tapak kaki menarik perhatian mereka. Zafreel yang baru keluar dari fitting room dengan suit hitamnya menambahkan lagi ketampanannya.

"Segaknya anak mummy sorang ni. Ish nak sabar nak tunggu you guys nikah." Katanya teruja. Zafreel mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ada-ada je mummy dia ni. Datin Zaliha juga turut mengambil beberapa lagi keping gambar pasangan itu.

"Dah pergi tukar baju balik, lepas tu datang sini. Ada benda mummy nak bincang dengan korang ni." Mereka berdua hanya patuh.

Adellea mengambil tempat duduk bertentangan dengan Datin Zaliha, manakala Zafreel mengambil tempat duduk disebelah Adellea.

"Ni mummy nak bagitahu korang berdua. Seminggu selepas korang berdua nikah, mummy ingat nak terus je buat majlis resepsi. Tapi tak tahu la dekat keluarga Adellea kalau diorang nak buat dekat Pakistan."

"Lea okay je. Tapi kalau pasal majlis resepsi dekat Pakistan tu nanti mummy boleh bincang dengan diorang. Diorang kata insyaallah kalau tak ada masalah, diorang datang minggu ni." Balasnya. Dia hanya serahkan semuanya kepada keluarganya. Dia akan setuju sahaja.

"Mummy kalau dah tak ada apa-apa, Zaf dengan Lea balik dulu ya."

"Hm, yelah. Bawak kereta elok-elok, apa-apa nanti mummy bagitahu you." Zafreel hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia dan Adellea melangkah keluar dari butik itu.

Macam biasa Zafreel akan membukakan pintu kereta untuk tunangnya. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Audi R8 itu bergerak meninggalkan kawasan itu.

"Kau ikut aku tau. Let's get your ice cream." Adellea hanya mengikuti sahaja. Orang nak belanja ice cream, dia okay je. Ahak!

 Ahak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Saya rasa chapter ini sedikit hambar sbb kekurangan idea🚯

15 votes = update

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now