~CHAPTER 38 || ZAYREEL~

2.5K 184 4
                                    

"Ada lagi ke sayang?" Tanya Zafreel apabila selesai meletakkan bagasi isterinya ke dalam bonet kereta. "Tak. Hubby pergi la masuk dalam kereta dulu, yang ni aku boleh angkat sendiri." Zafreel hanya patuh.

Hari ini mereka akan berpindah masuk ke mansion mereka. Mansion itu telah pun siap sepenuhnya pada beberapa hari yang lepas.

"Nah, bawak balik sekali kau punya raksasa ni. Aku dah penat nak jaga."

"Luna sayang, nanti dekat rumah baru Luna cakar banyak sikit tau sofa dekat sana. Susahkan tuan awak ni sikit ya." Pesan Liyana pada kucing itu. Kucing itu hanya memberi respon 'meow' sahaja.

"Banyak la kau."

Liyana menghulurkan bag kucing itu kepada Adellea, terus dia menyambut bag tersebut kemudian digalas.

"Rumah ni macam mana?" Tanya Adellea.

"Mana la aku tahu. Ni kan rumah kau." Balasnya

"Erm.. kalau macam tu, aku bagi jelah rumah ni dekat kau. Kalau kau tak nak, cuba tanya yang lain. Kalau semua tak nak, jual je rumah ni." Ternganga mulut Liyana.

"Gurauan T20."

"Ada nampak muka aku ni tengah buat lawak ke?" Liyana menjeling sekilas. "Yela, nanti aku tanya diorang. Dah pergi masuk kereta sana, kesian laki kau tengah tunggu tu." Dua-dua belah pipi Adellea dicium oleh Liyana kemudian dia menutup rapat pintu rumah.

"Tak guna punya kawan." Adellea menjeling sekilas kemudian berjalan ke arah kereta. Dia meletakkan kucingnya ditempat duduk belakang kereta. Kemudian dia membuka pintu disebelah pemandu sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

"Done. Let's go." Adellea menarik tali pinggang keledar kemudian dipakai. Terus kereta BMW X6 itu bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

"Apa yang kau angkat tadi tu sayang?" Tanya Zafreel. Dia lihat beg yang dibawa oleh isterinya agak besar namun tidak dapat pula melihat isi dalamnya.

"Adalah. Nanti sampai dekat mansion aku tunjuk."

"Hm." Tangan kanan Adellea tarik lalu dibawa ke bibirnya. Dicium berkali-kali sebelum menggengam erat tangan mulus isterinya. Adellea pula hanya membiarkan sahaja.

 Adellea pula hanya membiarkan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Grr." Zafreel mengalihkan pandangan ke arah satu bag yang duduk di tepi pintu masuk itu apabila mendengar sesuatu. Bag itu didekati.
Baharu sahaja dia mahu membuka zip bag itu, dia mendengar suara 'meow' didalam bag itu.

"Sa... Sayang!" Terkejut Adellea apabila mendengar suaminya menjerit. Pantas dia berlari ke arah suara itu.

"What happens?" Tanyanya cemas. Dia melihat Zafreel yang sudah berselindung disebalik sofa itu. Tambah dengan wajah takutkan.

"A..apa benda dalam beg kau tu? Asal ada benda berbunyi?"

"Oh, lupa pulak aku dengan bag ni." Kaki mendekati bag tersebut. Zip dibuka kemudian terus kucing mainecoon itu berjalan keluar.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now