~CAHAPTER 62||ZAYREEL~

1.4K 138 21
                                    

Zafreel memandang tajam ke arah isterinya yang sedang berbual dengan Arslan dan Aliyyah itu. Amboi bukan main gelak sampai tak perasan yang Zafreel tengah perhatikan dia.

Eii Arslan tu pun melayan, banyak kali dah aku pesan jangan dekat dengan bini aku. Ceh, tak boleh jadi. Bisik hati Zafreel kemudian dia mendekati ke arah mereka.

Terhenti ketawa Adellea apabila pinggangnya dia peluk oleh seseorang. Lantas dia menoleh ke belakang. Zafreel dengan muka selambanya menarik Adellea supaya mendekati ke arahnya.

"Eh kau ni pahal pegang pegang? Lepaslah, ni dekat majlis orang kau jangan nak buat masalah." Bisik Adellea sambil cuba menolak tangan Zafreel. Tapi Zafreel hanya keraskan tangannya.

"Mana ada aku buat masalah, kau yang buat masalah. Sebab tu aku datang sini." Balasnya selamba. Dia senyum sebaris kepada Adellea. Tak lepas dia daripada merenung wajah Adellea. Bukan main berseri-seri lagi wajah isterinya malam ini.

"Izinkan aku tutup telinga kau kejap ye." Zafreel sengih sebelum dia menekup dua-dua belah telinga Adellea. Kemudian pandangannya beralih kepada Arslan. Tajam matanya.

"Don't talk to my wife, she's mine. You better go, monkey," ujar Zafreel dengan muka selambanya. Kisah apa dia kalau laki ni nak terasa. Dia menjeling tajam sebelum dia senyum manis kepada isterinya. Kemudian dia turunkan tangannya.

"Fine." Jawap Arslan pasrah. Kemudian dia berjalan pergi dari situ. Aliyyah di sebelah sudah menahan ketawa. Tak sangka Zafreel berani memanggil abangnya monyet.

"I leave you two here, bye!" Aliyyah senyum manis sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

"Eh kau cakap apa dekat diorang sampai diorang pergi?" Tanya Adellea dengan pandangan tajam. "Mana ada aku cakap apa-apa."

"Eh kau jangan tipu aku.."

"Tipu apa sayangg.. aku tak cakap apa-apa pun dekat dorang. Diorang yang nak pergi." Lembut suara mengatakan itu. Tak berkelip mata Adellea pandang wajah tampan Zafreel.

Adellea menggengam penumbuknya. Argh, jangan cair.

"Kau ni muka boleh tak jangan asyik garang je, cuba senyum sikit." Zafreel mencubit perlahan hidung mancung Adellea.

Adellea menepis tangan Zafreel. Tiba-tiba lepas itu dewan itu bergema dengan lagu menandakan pengantin perempuan sudah sampai. Lantas mereka berdua berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat pengantin berjalan ditengah-tengah.

Meriah sungguh majlis itu pada malam itu.

Baru Adellea berhenti berjalan, dia merasakan pinggangnya dipeluk sekali lagi. Dia melepaskan nafas berat, dia malas mahu menolak. Yang dia tahu sekarang ni dia nak tengok pengantin.

Dewan itu riuh dengan suara tepukan dari orang ramai apabila melihat dua pengantin perempuan berjalan di karpet merah itu. Pengantin lelaki diatas pelamin sudah tersenyum manis sambil menunggu pengantin mereka.

"Cantiknya, teringin nak pakai." Kata Adellea perlahan tapi didengari oleh Zafreel.

"Tak payah nak teringin sangat, dulu kau dah pernah pakai macam tu," Kata Zafreel perlahan. Adellea mendongak memandang Zafreel. Dia keningnya diangkat.

"Apa kau cakap tadi?"

"Tak ada apa."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now